Selamat pagi saya ucapkan pada semua pengunjung blog saya ni , di pagi nan sejuk dan nyaman ni saya nak berkongsi koleksi terbaru kangkung saya tapi kali ni koleksi saya special sebab pemberian dari ibu mertuaku . Masa saya tengah mencari dalam bilik stor tu memang saya tak dapat jangkakan apa yang saya akan jumpa sebab mak saya pun dah lupa apa yang dia ada simpan dalam stor , masa jumpa tureen yang dah kotor dan berhabuk ni baru mertua saya ingat yang dia ada bekas mangkuk bertutup atau tureen ini sebab dah lama sangat dia beli dan tak diguna . Pada saya la set pinggan mangkuk berkaca macam koleksi antik ni selayaknya di display dalam lemari kaca je , a rare beauty yang tak ternilai harganya , bila mak nak bagi saya tureen ni , saya pulak dengan gumbira terima laaaaaa......
Saya tak pernah tengok tureen kangkung sebelum ini , kiranya ni first time la saya tengok depan mata dan dapat pegang pulak tu serta free pulak tu (eeeh banyak pulak cetanya) . Selama saya kumpul pinggan-mangkuk corak lama ni , saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti saya dapat memiliki tureen dan sekarang dah jadi satu kenyataan , syukur alhamdulillah ^_^
Tureen ni saiznya sederhana besar dan masih dalam keadaan tip-top masih cantik dan berat juga la . Dapat la juga saya sebiji tureen untuk melengkapkan lagi koleksi corak bunga kangkung ku ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..