Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan

Rabu, 20 April 2011

Kopitiam di Kemaman

Malam ni saya macam dapat semangat pula nak buat n3 lagi so terhasil la n3 yang simple ni . Weekend baru-baru ni saya dan keluarga sempat jalan-jalan ke Kemaman . So bila dah sampai ke Kemaman saya singgah la kedai kopitiam yang kawan saya ada bagi tau tentang hiasan dalam kedai ni yang sangat menarik . Bila dah sampai saya minta izin dari tokeh kedai untuk ambil gambar hiasan dalaman kopitiam ni untuk saya simpan gambarnya buat kenangan dalam blog saya ni .
Meja ni penuh disusun macam-macam makanan dan kuih muih untuk sarapan pagi . Nampakkan bihun , nasi berlauk , nasi dagang yang disusun dalam mangkuk besar kayu dan hiasan centre piece vase yang disusun padat dengan bunga heliconia yang sangat cantik ..kreatif betul la..

Basikal mainan tergantung elok je kat dinding tu..


Paling menarik cara talam-talam ayan ni disusun sangat la kreatif , bila dah susun banyak-banyak macam ni jadi sangat cantik...

Teko ayan yang sangat menarik perhatian dan tumpuan saya ni..

Semuanya antik dan sangat berharga , tiffin biru pun ada..


Hmmmm barisan set cawan kopitiam ni betul-betul mengoda sangat la tapi hanya untuk display saja ermmm dapat cuci mata pun jadi la..

Ok la sampai disini untuk n3 saya malam ni dah gantuk la insyallah saya akan masukkan banyak lagi n3 ya , byee....

---------------------------

' Tak hidup dek puji tak mati dek keji '

Jumaat, 10 Disember 2010

Bandar Muar

Kami ke bandar Muar lagi first time kami ke sana 5 tahun dulu masa tu Adlina baru umur 1 tahun dan trip kali ni kami dapat bermalam di bandar Muar . Best juga bandar Muar suasana malam di bandar Muar agak sibuk dan paling best banyak betul gerai atau restoran so tak susah sangat la nak cari tempat untuk berjamu selera . Awal pagi kami keluar cari sarapan dan baru la saya tahu rupa-rupanya di Muar sate pun ada di jual awal pagi untuk sarapan so kami order la juga sate sebab nak cuba dan memang sedap kiranya semuanya sedap la makanan kat Muar ni dan harga pun berpatutan..

Paling menarik perhatian saya ialah bangunan-bangunan lama di bandar Muar ni sangat cantik . Kami sempat naik boat menyusuri sungai Muar dan jalan-jalan di Tanjung Emas . Memang saya happy trip ke Johor kali ni kiranya puas hati la dan hasil hunting saya kali hmmmmmm sangat lumayan berbaloi sangat-sangat dan banyak set saya dah lengkap...



Senibina lama yang sangat perfect...cantik sangat...

Awal pagi kami sekeluarga ke Tanjung Emas yang merupakan hot spot atau tempat tumpuan warga Muar untuk exercise best betul saya tak bawa kasut sukan kalau tak boleh juga jogging sekali . Anak-anak saya excited sangat bila sampai ke Tanjung Emas ni sebab dah nampak laut . Pemandangan waktu pagi yang sangat damai dengan tiupan angin dari laut yang sepoi-sepoi bahasa dan deruman bunyi ombak memang cukup saya suka . Memang kami akan singgah ke Muar lagi..


Hotel di mana kami menginap pun masih kekalkan xterior bangunan asal yang sangat klasik cuma bahagian dalam saja yang dah di bina semula serba moden dan selesa .

Rabu, 8 Disember 2010

Idamanku ada di bandar Rengit..jauhnya..

Kalau ada yang berhajat nak beli perabot lama memang berbaloi ke kedai di Kuala , Rengit sebab ada 2 3 biji kedai yang jual macam-macam rupa bentuk perabot antik yang sangat cantik . Deretan kedai yang diusahakan oleh masyarakat orang asli yang di panggil orang-orang 'Kuala' . macam-macam jenis barang terpakai yang katanya datang dari Singapura.

Banyak juga perabot antik ni boleh pilih yang mana bekenan di mata dan dari segi harga masih ok . Kualiti perabot memang cantik dan kukuh sementara dari design ada macam-macam bentuk dari retro , art deco dan klasik cuma saya tak pasti jenis kayunya mungkin ke jati atau merbau .

Holiday kami kali ni ialah jalan-jalan ke Kluang ke Batu Pahat terus ke Muar kemudian ke Melaka dan Pedas . Pengalaman perjalanan kali ni adalah antara yang paling best , saya dan keluarga memang akan ingat sampai bila-bila . Saya paling suka perjalanan dari Kluang ke Batu Pahat seterusnya ke Rengit dan Muar seronok sangat dapat lalu jalan biasa dan perkampungan melayu yang aman damai tenang sangat serta jauh dari bingit bising kenderaan macam di area rumah saya ni . Paling best dapat lalu banyak kampung yang semuanya mula dengan nama Parit . Kami sempat singgah makan di stesen keretapi Kluang dan juga singgah di Batu Pahat untuk makan mee bandung yang sangat sedap .

Masa di Muar kami bersarapan di kedai makan tradisi melayu nasi lemaknya masih 70 sen sebungkus dan kuih 4 biji seringgit . Lepas tu kami sempat lagi naik bot menyusuri sungai Muar hmmmm bestnya saya nak ke Muar lagi tenang dan damainya hati ni bila berada di kawasan bandar Muar . Kalau ada peluang saya nak jelajah negeri Johor lagi..

Ni la kedai yang jual perabot antik di Rengit hmm bestnya memang saya rambang mata tapi nak bawa balik tak boleh huhuhuh...kalau sesiapa yang ada pick-up ,mpv,van atau lori memang best la boleh beli dan terus bawa balik...


Saya beli piring khyber J&B warna biru kecil sikit dari yang hijau dalam gambar ni dengan harga RM10 nanti saya masukkan gambar piring tu dalam blog di n3 yang akan datang..dapat piring sebiji dari Rengit pun jadi la ada la juga tanda kenangan dari sana...


Cantik almari ni memang bekenan sangat harga pun RM500 tapi nak bawa balik macam mana kereta pun dah penuh dengan barang-barang sendiri so saya hanya ambil gambar je la sebagai kenangan..

Kedai antik di Rengit

Saya sempat singgah kedai antik ni di Rengit dan memang banyak betul barang-barang antik . Tokeh kedai bagi tau dulu ada banyak pinggan dan set antik tapi dah habih dijual .
macam-macam ada...

Dacing dan radio lama...



Jalan-jalan ke Rengit..best la





Ahad, 26 September 2010

Jalan-jalan ke Loken

Raya kali ni kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Loken walaupun ramai juga peniaga melayu tak berniaga tapi Loken tetap meriah . Saya dapat la juga beberapa barang idaman hati hehehe..

Hubby saya pula memang suka jalan-jalan ke Loken ni sebab macam-macam ada dan ada barang yang luar dari jangkaan kita boleh jumpa di sini . Anak-anak saya pula jenis yang senang nak dibawa berjalan mungkin sebab dah biasa dari kecil lagi...

Kali ni ke Loken hubby saya seronok bebenor sebab dapat jumpa motor klasik Triumph ni yang masih dalam keadaan yang sangat baik sebab masih boleh dipakai/tungang . Cuma kami tak tau sapa tuan empunyer motor klasik ni . Lama hubby belek motor ni serta berkeping-keping gambar diambil oleh hubby saya masa kat sana nak dibuat kenangan dan Adlina yang paling banyak posing kat motor klasik ni..





Adlina dan Adam posing kat motor triumph...

Lain kali kita jalan-jalan lagi ke Loken ya...

Jumaat, 24 September 2010

Best beraya ke rumah kak Shas..

Dah lama saya tak masukkan n3 baru dan hari ni n3 pertama saya lepas begitu lama saya bercuti dari berblog . Masa raya ke 4 saya sempat pegi beraya ke rumah kak Shas dan ni adalah kali kedua saya pegi rumah kak Shas thanks kak atas sambutan mesra akak dengan suami serta anak-anak akak especially si comel Adib yang sentiasa ceria saja .

Pada mulanya saya plan nak singgah rumah Ezany dulu tapi di sebab kan ada perubahan pada masa yang dah diplan saya terpaksa la cancel last minit tak pa lain kali je saya singgah rumah Ezany , Saya dan Ezany berkonvoi masa pergi rumah Kak Shas . Bila dah masuk rumah kak Shas saya memang tak leh tahannyer tengok koleksi lemari dan koleksi cawan serta teko kak Shas yang macam-macam corak dan semuanya cantik sangat...


Adam dan Adib yang happy je main sama-sama , saya dan kak shas ada sorang satu hero kecil . Tengok la tu Adib pandai makan sendiri , seronok saya tengok keletah 2 orang hero kecil ni..

Ini pula gambar kami bertiga Ezany , kak Shas dan saya . Bila dah jumpa gang sama minat memang kami sakan bercerita sampai ada ketikanya husband masing-masing senyap saja la dengar kami bertiga sembang hehehe tak pa la sekali sekala je dapat jumpa so banyak sangat yang nak di sembangkan..

Kami dijamu dengan nasi minyak dan ayam masak merah serta jelatah hmmmm sedap kak Shas masak . Lepas tu anak-anak saya makan dessert pula sagu dengan kuah santan/gula melaka yang sedap sangat . Terima kasih ya kak Shas..semua masakkan akak sodap-sodap yummy..

Ini pula jejaka idaman dari Gopeng , Zany yang posing sebelah lemari koleksi kak Shas yang mengancam tu...


Bestnyaaaa saya tengok lemari-lemari antik kepunyaan kak Shas ni tu belum kira lagi dengan isi dalam lemari tu yang semuanya mengancam ishhh cantik-cantik sangat dan cara kak Shas susun lemari ni pun sesuai sangat just nice..

Saya memang looking foward untuk pegi beraya ke rumah kak Shas kali ni . Pada kak Shas , saya ucapkan berbanyak terima kasih sebab akak banyak sangat tolong saya selama ni dan kak Shas seorang sahabat yang sangat baik, understanding , simple dan spoting campur kelakar la hehe tu yang buat saya suka sangat berkawan dengan kak Shas . Semoga persahabatan kita semua akan berkekalan sampai akhir hayat dan kalau mai KL sudi-sudi la singgah rumah saya ya....