Memaparkan catatan dengan label ros hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ros hitam. Papar semua catatan

Khamis, 1 Julai 2010

ROS HITAM


.....my black beauties....
Koleksi teko ros hitam yang saya dapat kumpul dalam 3 bentuk berbeza , semuanya cantik dan anggun .
Cukup la sudah koleksi si hitam manis saya ni

Ros hitam dengan ton kehijauan pada kelopak bunga ros dan bentuk tekonya adalah alladdin dengan pemegang tiga segi. Teko ini teko pertama yang saya dapat kumpul .


Teko ros hitam bentuk biasa


Ini pula teko alladdin ros hitam

ROS HITAM

Salam sejahtera dan selamat pagi pada semua pengunjung blog saya ni . Pagi-pagi lagi saya dah buat entry lagi hehehee..ok la kan. Nak buat entry ni tak kira masa bila ada peluang kena cepat-cepat buat nanti lepas ni sibuk nak buat kerja lain pulak .
Tahun 2009 ni dah nak sampai ke penghujungnya , kiranya dah nak masuk setahun juga la saya berblog memang best sebab banyak sangat pengalaman baru yang saya tempohi setiap hari melalui blog saya ni
Selain tu saya nak ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga pada semua pengunjung yang sering bertandang dan singgah ke blog saya yang simple ni , terima kasih sebab memberi sokongan kepada blog saya ni .
Terima kasih banyak-banyak juga untuk semua bloggers yang sudi menjadi sahabat saya , tiap-tiap hari saya dapat kenalan baru . Memang luar biasa impact berblog ni dulu masa mula berblog saya hanya nak suka-suka saja tapi sekarang ni kalau tak mengadap blog setiap hari saya rasa macam tak best je like something is missing .
Saya pun nak minta maaf ye kalau ada sebarang penulisan saya dalam setiap enrty saya selama ni yang kurang menyenangkan sesiapa saja .
Ok la melalut pulak saya ni dan dah lari jauh pulak dari tittle entry saya ni "black roses"....

Saya memang cukup bekenan pada bunga ros hitam atau my black beauty ni , klasik sangat dan sangat elegant . Set cawan ni adalah set pertama yang saya kumpul , saya dapat beli 6 piring bujang dengan harga 50 sen sebiji di Alor Setar masa cuti raya Aidilfitri yang lepas dan bila balik ke Kl ni saya dapat kumpul pula 5 biji cawan bujang yang memang gam-gam je dengan piring bujang tu dan cop kat bawah cawan dan piring pun sama maknanya memang pasangan yang betui la . Memang happy saya masa tu maklum la saya dapat set pertama saya yang lengkap dan start dari situlah minat saya terus bercambah dan saya terus kumpul macam-macam koleksi .

Teko ros hitam terbaru dalam koleksi saya..

Corak bunga ros kecil dan ros besar

Saya beli sepasang lagi set cawan bentuk "A" ni di pasar tani Shah Alam dan bila balik rumah baru la saya perasaan rupanya bunga rosnya lebih besar dan lebih detail corak ton garisan pada cawan ni . Rupa-rupanya bentuk je sama tapi coraknya lain sikit tapi kalau sekali imbas tengok tak perasaan pun perbezaannya .

Ok la tu je la kisahnya untuk entry "black roses" saya ni nanti kalau saya rajin saya masukkan lagi entry , bye bye.....

ROS HITAM



Selamat malam , saya ni jadi rajin buat entry sebab hujung minggu ni saya memang tak ade di rumah sebab ada agenda lain so ini kira macam n3 in-advance la juga.....tak banyak cerita yang dapat saya karangkan dalam entry saya kali ni dan saya hanya nak berkongsi koleksi yang saya ada ni.

Teko alladdin bunga ros hitam ni memang cantik dan menjadi idaman kalbu saya semenjak sekian lama akhirnya saya dapat la juga sementara cawan mulut lebar tu saya dapat 2 biji je ok la mungkin saya akan jumpa lagi 4 bij suatu hari nanti....

Semalam masa mengemas hasil koleksi , saya bawa keluar piring bujur yang saiz besar dan saiz medium ni dan jumpa juga dengan cawan mulut lebar saya yang ada dua ketui je ni , piring mulut lebar ni memang saya ada banyak xtra dalam 6 biji so kalau sapa yang minat nak barter atau beli boleh ym atau hantar email pada saya. Piring bujur yang saiz besar tu pun saya ada xtra satu biji yang saya beli dari apek di pekan Kuala Klawang dan saya nak barter atau jual juga.


Hitam manis si bunga ros sungguh menawan dan elegant , menarik perhatian sesiapa saja yang memandang...



Corak kudup ros pada penutup teko alladdin ni memang comel dan sweet sangat....

ok la sampai disini dulu....

Nite-nite , sleep tide...
See u oalls again tomorrow.....