Sabtu, 29 Januari 2011

Rosa J n G Meakin

N3 saya kali ni lebih pada nak up date koleksi Rosa yang saya dapat kumpul setakat ni so semua barang saya ambil gambar dari dalam almari saja tak sempat nak susun posing-posing . Rosa J & G Meakin ni memang antara set yang paling saya sayang dan paling banyak saya dapat kumpul .

Set rosa


Cop mohor


Oval plater 14inci


Set rosa Cinderella


Mangkuk



Pinggan serta piring pelbagai saiz , rosa biasa dan rosa cinderella.

Jumaat, 28 Januari 2011

Set pokok kelapa putih


Salam pagi Jumaat..

Selesai dah kerja mengemas pml dan semuanya dah saya susun kemas dengan keadaan yang lebih teratur . Almari kaca saya dah ada extra ruang so boleh la saya display dengan lebih cantik kalau tak dulu pakai letak je .Kali ni saya nak kongsi dengan semua pengunjung blog saya dengan satu lagi set pml yang coraknya bukan dari jenis bunga-bungaan tapi pemandangan sungguh indah ditepian pantai tropika . Set yang diberi nama oleh otai sebagai set pokok klapa..

Set idaman kalbu corak pokok kelapa ni pun dah hampir lengkap saya dapat kumpul ada la penambahan piring dan bekas susu cuma nak cari sugar pot je lagi . Ni kira n3 up-date la juga dan macam biasa saya suka ambil banyak gambar untuk disimpan dalam blog saya ni..

Siapa yang tak suka kalau dah dapat set lengkap macam ni . Set kesayangan yang akan jadi warisan dalam keluarga . Harap-harap anak-anak akan jaga dengan baik set ni..





Teko alladdin yang saya dapat hasil barter dan tanpa dirancang masa mula tu macam 50-50 keputusannya nak ke tak nak sebab pikirkan susah juga nak cari set cawannya tapi saya ni jenis orait saja ambil dulu lepas tu baru cari . Kiranya dulu corak pokok kelapa tak ada dalam wish list saya tapi bila dah ada depan mata baru la nampak keanggunan teko alladdin ni . Bila dah lama baru la saya tau corak klapa ni memang dalam kategori 'rare' susah nak jumpa .

Close-up gambar pemandangan ditepian pantai..


Bekas susu yang baru dapat Disember 2010 kat amcorp dengan harga rm20 murahkan tapi masa dapat memang kotor betul . Bila balik kena sabun bersih baru la terserlah rim emas kat creamer ni cantik berseri-seri...

Set cawan 6 pasang yang saya beli dari Ismail dan masa tu memang kena selalu online sebab Ismail banyak betul barang-barang yang dijual dan takut terlepas pandang . Tapi memang dah rezeki saya dapat juga set cawan pokok klapa ni..

Dah habis posing semua kena masuk balik dalam almari display..

Sampai sini dulu dan selamat behujung minggu dan cuti sekolah..
Ke mana kita hujung minggu ni mesti ada plan baiknyer nak tambah koleksikan ..

Set cawan kelapa berbiku-biku

Sambung lagi cerita dengan koleksi 2 pasang cawan corak pokok kelapa..

2 pasang cawan corak pokok kelapa ni berbeza dari segi jenis porceliannya ,warna dan bentuk . Buat masa ni saya hanya dapat 2 pasang saja dan harap dapat la kumpul set lengkap so kena tunggu saja la..




Bila diambil gambar dari posisi atas baru la nampak jelas bentuk berbiku pada bentuk cawan dan piring ni ,cantikkan...
Thanks pada yang selalu singgah sini..

Khamis, 27 Januari 2011

Koleksi cawan kopitiam lama

Koleksi kesayangan cawan kopitiam pelbagai corak dalam simpanan saya..
Cepat-cepat beratur elok-elok nak posing ni masuk blog..
Susun jangan tak susun..

Set kopitiam biru

Set kopitiam antik kesayangan..

"CANTIKNYAA" itu yang saya sebut bila pertama kali saya jumpa secara tak sengaja cawan kopitiam ni di stor kedai apek dan setahun kemudian set ni bercambah menjadi 5 pasang lengkap dan 2 xtra cawan . Memang penemuan yang tak diduga langsung selalunya macam tu la bila pergi hunting saya tak pasti apa barang yang akan dijumpa tetapi selalunya barang-barang yang baru saya jumpa tu semuanya saya suka hehehe

Saya dapat kumpul set kopitiam ni dari merata tempat 1 cawan tanpa piring dari apek Kluang kemudian pusing-pusing di Amcorp dapat 2 pasang lengkap . Masa di Loken cuti sekolah bulan November saya dapat lagi 3 pasang . Akhir sekali masa saya ulang ke Kluang jumpa lagi sebiji. Macam tu la kisahnya merata negeri saya pergi nak cari pml dan semua set kopitiam ni saya jumpa tanpa dirancang...adakah itu ni namakan rezeki...


Saya masih mencari 2 piring untuk 2 biji cawan bujang ni..


Saya cukup kagum dengan bakat dan kreativiti pereka porcelian zaman dulu . Reka corak lukisan flora yang dihasilkan menggunakan teknik lorekan garisan dan olahan ton warna menjadikan lukisan flora pada corak ni sangat detail dan cantik sangat seolah-olah macam sebuah lukisan.....

Corak kopitiam yang terlalu cantik , lukisan kecil di cawan..

Corak di piring..

Ini pun corak di piring lukisan yang detail..cantik sangat , bunga jenis apa ya..

Sampai disini dulu..

Set cawan kopitiam hijau antik

Set hijau ni pun favorite saya juga
Set kopitiam corak flora hijau ni memang kita semua biasa tengokkan . Semua set cawan ni tak ada cop so memang saya tak tau la mana asal-usul tapi yang pastinya semua set cawan kopitiam dalam simpanan saya ni jenis lama . Sepasang dari Roy dan 2 pasang lagi saya dapat dari Amcorp . Misi seterusnya saya nak dapatkan lagi 3 pasang untuk bagi cukup set cawan kopitiam warna hijau ni..
2 pasang warna coraknya lebih gelap dan sepasang warna hijaunya agak cerah..


Lukisan flora yang detail dan cantik sangat ni la yang buat saya nak kumpul set cawan kopitiam ni selain dari segi usia lagi lama lagi antik dan jadi lebih 'rare' .

Lain padang lain la belalangnya...
Lain orang lain la pandangannya..

Bukan senang nak hasilkan lukisan sebegini halus dan teliti penghasilannya . Saya pasti zaman dulu semuanya di buat secara manual dan proses nak lukis corak ni mesti mengambil masa dan kesabaran serta yang paling penting kreativiti . lepas tu baru la masuk pada bahagian penghasilan produk . Saya hargai porcelian lama bukan hanya kerana bentuk , rupa serta warna corak yang cantik tapi lebih luas lagi cara penilaiannya...


Corak di piring yang cantik lukisannya macam bunga raya kan atau pun mungkin bunga seri pagi . Sekarang ni saya teringin nak tau dari mana sebenarnya asal-usul cawan kopitiam ni . Saya ada dapat info yang katanya set cawan kopitiam ni pada asalnya dari England dan kemudian baru di tiru oleh pengeluar porcelian China . Betul atau tidak entah la lepas ni boleh tanya lagi kisah cawan kopitiam dengan otai-otai mungkin ada jawapannya..

Cawan kopitiam ros hitam menawan

Cantik dan baru...saya dapat sepasang cawan kopitiam ros hitam ni di apek Kluang bestnya kalau dapat 6 pasang..

Corak 3 kuntum bunga ros yang terlalu menarik dan unik macam lukisan tapi diabadikan di permukaan porcelian...

Cawan kopitiam

Unik , cantik dan 'rare'..


Detail drawing yang buat saya bekenan sangat .

Bye for now , nanti kita sambung cerita lagi nooooo..

Rabu, 26 Januari 2011

Join GA Kak Azie

Salam pagi Rabu

Saya ikut serta GA yang kak Azie buat kali ni sempena menyambut birthday anakanda tersayang Izzah . Terima kasih pada kak Azie yang sudi jemput saya . Pada yang nak join boleh ke blog kak Azie untuk keterangan lebih lanjut , klik SINI

Tarikh tutup GA yang kak Azie anjurkan ni ialah pada 28.1.2011

Jom kita ramai-ramai join..

Kat bawah ni ialah hadiah-hadiah yang best-best semuanya..

Hadiah pertama , ishhh saya bekenan yang ni..


Hadiah kedua , hmm yang ni pun cantik..


Hadiah ketiga , best gak kalau dapat novel ni..

So , jom kita ikut serta dan meriahkan GA kak Azie...

Isnin, 24 Januari 2011

Koleksi rose 5 kuntum

Salam petang Isnin..
Pagi tadi dah masukkan n3 dan petang ada lagi n3 baru tu la kalau dah ada mood nak berblog memang macam ni la jadinya hehe . Sebenarnya macam saya ceritakan pagi tadi sekarang ni saya tengah menyusun balik semua koleksi so bolehlah di ambil gambar sekali untuk buat n3 blog .
Koleksi 5 roses atau 5 kuntum ros ni rasanya semua collectors dah ada kan termasuk la saya juga . Set ni kejap je saya ambil masa nak kumpul tapi dalam 7-8 bulan la juga . Ada yang saya beli online , kedai apek dan dari kedai antik serta masa di Loken . Bawa balik rumah dan disusun bersama memang cantik sangat la....
Dulu ruang almari sempit so saya tak leh nak susun semua koleksi dengan piring dan pinggan tapi sekarang dah ada almari baru baru la best dapat display semuanya...

Corak 5 roses yang cantik sangat dan menjadi pojaan setiap collector pml . Pertama sekali saya tengok di blog otai terus bekenan dan saya usaha cari untuk koleksi sendiri alhamdulillah dapat juga akhirnya.

Ni la koleksi 5 roses dalam simpanan saya..
Saya dapat kumpul 3 jenis bentuk cawan..

Sepasang cawan mulut lebar yang sumbing sikit tapi tetap ku beli sebab dah bekenan cedera pun tak apa . Set cawan sebelah kanan dalam gambar diatas ni yang berlekuk sikit dibahagian bawah cawan ni saya dapat 6 pasang dari kedai online yang satu masa dulu sangat meriah dengan macam-macam barang tapi sekarang dah tutup kedai dan saya beli dengan harga yang power la RM30 sepasang . Tapi tu la kerana dah terlampau bekenan dan hobi punya pasal saya beli juga yang penting set pojaan hatiku dapat dilengkapkan secepat mungkin . Lagi pun kalau di tunggu barang idaman yang harga murah takut nanti langsung tak jumpa sebab sekarang ni semakin susah nak jumpa pml so kalau jumpa tu dan mampu , beli saja .
Sememangnya hobi mengumpul pml ni ada masanya memang memerlukan saya spend banyak juga RM tapi bagi saya setiap barang yang saya kumpul ni ada nilainya dan sebagai investment/pelaburan untuk saya jual letgo satu masa nanti sebab tak selamanya saya akan simpan semua koleksi pml ni mungkin satu hari saya akan jual kepada pemilik yang akan simpan dengan baik macam mana saya simpan dan hargai setiap pml yang saya jaga dengan elok ni...
Teko kesayanganku si siku tajam dan pasangannya teko montokss..

ok sampai sini dulu..

Teko 5 roses

Teko corak 5 roses yang ada dalam simpanan saya buat masa ni hanyalah 2 bentuk saja dan rasanya dah cukup kot hehehe atau mungkin saya boleh tambah lagi kalau jumpa bentuk lain kan .
2 biji teko yang saya jumpa di 2 negeri yang berbeza . Teko yang montokss bentuk pear saya beli dari Salina dan yang siku saya beli di kedai antik . Masa sampai di kedai antik memang saya tak plan nak cari teko 5 roses sebab dah ada si montoks pear di rumah tapi bila dah ada depan mata si siku tajam memang saya tak lepas la dan ku pegang kuat dalam genggaman hehe . Saya memang terkejut sebab tak sangka boleh jumpa si siku tajam . Perasaan trill dan happy dapat idaman hati adalah perkara biasa buat pemgumpul pml macam saya ni . Puas hati bila teko idaman berjaya dimiliki tambahan pula dengan harga yang amat la berbaloi :)

Siku tajam posisi depan...


Posisi belakang..


My montokss pear comel je saiznya sedang-sedang cute..


Posisi belakang..

Ok tu je n3 untuk petang ni daaaaa sampai ketemu lagi yaaaa...

Set corak paku-pakis

Salam pagi Isnin..

Hari ni pagi-pagi lagi saya masukkan n3 set kesayangan yang saya berjaya kumpul menjadi satu set yang hampir lengkap cuma yang tak adanya ialah teko alladdin dan bekas gula dan susu . Tak pe la pelan-pelan cari nanti jumpa la tapi kadang-kadang kalau tak di cari yang senang saya nak dapat macam tu la selalunya . Corak pakis ni simple saja tapi tetap cantik pada pandangan mata saya sebab set ni nampak sangat anggun dan mewah dengan corak pakis warna perak yang disusun kemas cantik berlatar belakangkan porcelian putih polos yang bersih. Saya ambil masa setahun juga dari hujung bulan November 2009 sampai la bulan Disember 2010 untuk dapat kumpul set ni . Mula-mula saya dapat set teko dan cawan mulut lebar dan yang terakhir sekali ialah oval plater 2 biji .

Koleksi pml saya memang pelbagai corak dan warna dari bunga-bungaan sampai la ke corak geometri atau flora yang simple . Saya ni jenis tak pilih satu-satu corak saja sebab pada saya selain corak , nilai antik serta estetika pun sama penting . Lagi lama barang tu lagi saya suka macam set ni dari info yang saya tahu adalah keluaran dari negara Jepun pada tahun 1950-an .

Set pakis warna perak keemasan..

2 cawan bentuk maharani yang cantik sangat ni..


Berbiku-biku unik bentuknya..


3 jenis bentuk cawan mulut lebar , bulat dan maharani..


Piring kuih dan bentuk bujur pelengkap koleksi..


Mangkuk bujur..


Akhir sekali saya ambil gambar cap mohor bawah cawan kalau dah hobi memang semuanya nak dibelekkan samapi ke copnya sekali actually cop pun sama penting untuk kita tahu sejarah dan tahun keluaran pml yang kita kumpul .

Sekarang ni saya masih dalam proses nak susun semula koleksi dalam almari so boleh la saya ambil gambar set-set yang saya ada jadinya kerap la juga saya buat n3 untuk blog kesayangan saya ni .

Terima kasih pada yang rajin singgah sini ya