Jumaat, 28 Januari 2011

Set pokok kelapa putih


Salam pagi Jumaat..

Selesai dah kerja mengemas pml dan semuanya dah saya susun kemas dengan keadaan yang lebih teratur . Almari kaca saya dah ada extra ruang so boleh la saya display dengan lebih cantik kalau tak dulu pakai letak je .Kali ni saya nak kongsi dengan semua pengunjung blog saya dengan satu lagi set pml yang coraknya bukan dari jenis bunga-bungaan tapi pemandangan sungguh indah ditepian pantai tropika . Set yang diberi nama oleh otai sebagai set pokok klapa..

Set idaman kalbu corak pokok kelapa ni pun dah hampir lengkap saya dapat kumpul ada la penambahan piring dan bekas susu cuma nak cari sugar pot je lagi . Ni kira n3 up-date la juga dan macam biasa saya suka ambil banyak gambar untuk disimpan dalam blog saya ni..

Siapa yang tak suka kalau dah dapat set lengkap macam ni . Set kesayangan yang akan jadi warisan dalam keluarga . Harap-harap anak-anak akan jaga dengan baik set ni..





Teko alladdin yang saya dapat hasil barter dan tanpa dirancang masa mula tu macam 50-50 keputusannya nak ke tak nak sebab pikirkan susah juga nak cari set cawannya tapi saya ni jenis orait saja ambil dulu lepas tu baru cari . Kiranya dulu corak pokok kelapa tak ada dalam wish list saya tapi bila dah ada depan mata baru la nampak keanggunan teko alladdin ni . Bila dah lama baru la saya tau corak klapa ni memang dalam kategori 'rare' susah nak jumpa .

Close-up gambar pemandangan ditepian pantai..


Bekas susu yang baru dapat Disember 2010 kat amcorp dengan harga rm20 murahkan tapi masa dapat memang kotor betul . Bila balik kena sabun bersih baru la terserlah rim emas kat creamer ni cantik berseri-seri...

Set cawan 6 pasang yang saya beli dari Ismail dan masa tu memang kena selalu online sebab Ismail banyak betul barang-barang yang dijual dan takut terlepas pandang . Tapi memang dah rezeki saya dapat juga set cawan pokok klapa ni..

Dah habis posing semua kena masuk balik dalam almari display..

Sampai sini dulu dan selamat behujung minggu dan cuti sekolah..
Ke mana kita hujung minggu ni mesti ada plan baiknyer nak tambah koleksikan ..

2 ulasan:

  1. Salam Nannie,
    cantik memang gah sekali set kelapa ni. Sama la macam akak memula takminat tapi bila dapat sikti2 mula rase berkenan..tapi tu la kan memang susah nak kumpul sejebak baik yg putih atau yg kuning. apa-apapun tahniah kat nannie dapat perlahan2 mengumpul.. :)

    BalasPadam
  2. dek kerana geram nengok set poko kelapa kak nannie ni ler terdorongnyer ain mengumpul set kelapa emas pulak...masih juga pemandangan pantai seperti ini dengan lautan biru tapi pokok kelapanyer berwarna emas. kiranyer set kak nannie ni sumber inspirasi ler gitu...tapi set kak nannie ni memang ain suka sangat.

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..