Memaparkan catatan dengan label vcr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vcr. Papar semua catatan

Selasa, 3 Ogos 2010

KOLEKSI VCR

Salam pagi Selasa

Sweet roses , pada saya bunga ros pada corak VCR yang simple dengan warna tona merah hati ni sangat cantik . Tanpa gabungan warna yang pelbagai corak bunga ni sangat menonjol dengan warna latar putih bersih .

Saya mula minat kumpul corak VCR ni semenjak tahun sudah lagi mula-mula dapat beli teko bentuk biasa di kedai antik lepas tu saya dapat beli teko dari Kak Nur . Lepas tu saya ada beli beberapa biji piring tanpa cawan tapi saya simpan saja mana la tau bila-bila nanti saya dapat cari cawan yang sepadan dengan piring-piring tu tapi bila dapat cari cawan jenis lain pulak . So saya simpan saja la dengan harapan satu hari nanti dapat la saya lengkap koleksi VCR saya ni....

Lama-lama kumpul akhirnya dapat juga saya lengkapkan koleksi saya ni walaupun pun mix & match tapi saya dah puas hati sebab pencarian saya dah selesai . Sapa tak seronok kalau idaman hati dah cukup kiranya dah boleh tutup buku VCR laa...


Teko aladdin yang menawan sangat pada mata saya ni..


Set lengkap 6 cawan mulut lebar bersama teko , bekas gula serta susu , 5 piring kuih dan sebiji pinggan besar .


Cawan mulut lebar , cantikkan corak simple bunga rose ni...

VCR


Lagi koleksi VCR saya ni...

3 jenis bentuk teko dengan warna corak yang berbeza..


Bekas gula dan susu..


Cawan jenis biasa ni pun saya mix & match juga dengan piring-piring yang saya beli berasingan bila dah di gandingkan sekali cantik je...



Cawan ML ni pun masa beli tak de piring so saya gandingkan juga dengan piring yang saya dah beli sebelum ni .

Isnin, 28 Jun 2010

TEKO VCR

Lagi sebiji teko ros dalam koleksi terbaru teko saya , nama untuk corak ni ialah Victorian China Roses . Saya mula tengok corak ros ni di blog kawan-kawan sealiran tapi koleksi mereka semuanya mabelous gitu , akak ni jee baru dapat teko seketoi ok la kan hehehe . So , sekarang ni saya memang hanya akan kumpul set cawan dengan teko atau hanya teko saja sebab lebih mudah untuk saya simpan...

Kudup rose di bahagian belakang teko..