Memaparkan catatan dengan label J G Meakin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label J G Meakin. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2011

Khamis, 24 Mac 2011

Set comel Sunshine

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak share koleksi terbaru saya iaitu set cawan sunshine 6 pasang yang baru saya dapat dari Amcorp . Semua 6 pasang cawan ni saya beli dengan harga RM40 sahaja , murahkan saya pun banyak kali tanya pada tokeh meja tu sebab macam tak percaya je . Rupa-rupanya tokeh bagi tau dia jual murah sebab 3 biji cawannya ada stain yang agak teruk , saya tengok memang kotor juga 3 biji cawannya tapi saya beli je . So bila balik rumah saya rendam 3 biji cawan tu dalam clorox selama 4 hari dah pagi tadi baru saya basuh . Alhamdulillah keluar stain kat cawan ni dan dah molek benar rupa set cawan sunshine saya ni . Hajat dihati nak cari tekonya insyallah mudah-mudahan ada la rezeki saya . Set sunshine ni simple saja tanpa apa corak bunga hanya jalur warna hijau dan silver menjadi hiasan tapi di mata saya ni corak yang simple ni tetap menawan dan cantik..

6 pasang cawan comel yang tak pernah saya jangka dapat saya miliki dengan harga yang murah , memang kena selalu ke Amcorp sebab-sebab macam-macam ada . Dah banyak kali juga saya dapat pml dalam keadaan elok dengan harga yang murah dari Amcorp.

Walaupun direndam dengan clorox rim silver keliling bibir cawan dan ditengah piring tetap elok tak luntur memang berkualiti pml yang dah berpuluh tahun dihasilkan ni..

Cop bawah cawan..

Lepas dah dibasuh bersih dan lepas habis sesi posing diambil gambar , semua set cawan-cawan sunshine ni saya susun dalam almari display...

Ahad, 11 Julai 2010

CAWAN MINI J G MEAKIN


Salam pagi Ahad...
Semalam saya jumpa gambar cawan mini J G Meakin ni masa saya dok browse album folder FB .Gambar ni saya ambil pada bulan Oktober tahun sudah sehari lepas saya gi hunting di kedai apek . Saya mula minat nak kumpul set antik dari bulan Julai tahun sudah dan lepas raya baru saya dapat pegi hunting .
Kisahnya cawan ni saya jumpa masa saya first time hunting kat kedai apek , dari mula saya masuk kedai apek tu memang saya notice bungkusan kertas cawan ni yang dah terkoyak , kusam , kotor ya amat , berhabuk serta penuh dengan taik lipas . Tapi masa tu saya lebih minat nak cari corak kangkung atau bunga ros jambatan .

Tapi di sebabkan curious saya ambil juga sebiji cawan mini ni yang penuh kotor kesan taik lipas dan tengok kat bawah cawan ada cop J G Meakin ENGLAND waaa buatan Englann cawan haluih ni . Cuma masa tu saya memang tak berapa tahu macam blur la juga tentang jenama J G Meakin kiranya macam ingat-tak ingat rasanya macam pernah baca kat blog otai . So saya berbelah bagi nak beli ke atau tidak , saya belek lagi cawan-cawan yang tersusun kemas dalam bungkusan kusam tu . Akhirnya saya beli sebab saya tertarik dengan cop ENGLAND lepas tu bentuk cawan yang cute miut serta warnanya yang light pink .

Apek tu pun promote bagi tau saya cawan ni dari tahun 1960 dan sangat lama so ok la apek saya beli juga walaupun tak ada piringnya dan yang best harga cawan ni sebiji RM 3 saja . Bila dah bawa balik rumah saya basuh bersih dan saya ambil gambar serta saya buat n3 kisah hasil hunting . Besok paginya saya ambil gambar cawan-cawan ni lagi ingatkan nak buat n3 khas cerita cawan ni saja tapi belum sempat lagi saya buat n3 dah ada kawan yang merisik kabar nak pinang . Pada satu hari saya buka YM dan saya dapat sapaan pertama dari kawan baru yang ada piring cawan mini ni so kami pun berbarter la , thanks ya adik...

Bila dah lama mengumpul set lama ni baru la saya tau yang jenama J G Meakin memang jadi pilihan peminat dan pengumpul pinggan mangkuk antik ni dan setiap design ada namanya yang tersendiri . Saya ada la juga koleksi J G Meakin ni walaupun tak banyak tapi cukup la sebagai koleksi mini saja...

Isnin, 28 Jun 2010

YOU ARE MY SUNSHINE


Masa mula-mula minat dengan hobi kumpul pinggan mangkuk antik ni saya hanya kenal corak bunga kangkung tu pun dapat tau namanya dari blog kawan-kawan lepas tu saya kenal corak bunga kekwa hitam , ros jambatan and so on semakin banyak nama corak yang saya kenal.
Plan saya dulu hanya nak kumpul corak bunga kangkung dan kekwa hitam sebab corak-corak tu saja yang mak saya guna dulu kiranya saya nak kembalikan memori lama la. Masa tu saya tak kenal apa tu J G Meakin , J Bros , Vcr , Oc dan lain-lain nama corak lagi. Tapi tu la kan bila dah semakin lama dengan hobi ni dan saya selalu juga pegi blog kawan-kawan sealiran dan otai-otai untuk menambah ilmu dan pengetahuan heheehehe , dari tak tahu saya dah jadi banyak tau dari minat sikit-sikit dah jadi terus melekat.....tu la dasyatnya penangan hobi kumpul pinggan mangkuk antik ni . Hari ni entry saya al-kisah koleksi J G Meakin Sunshine .
Saya memang tak pernah plan nak kumpul koleksi Sunshine ni sebab saya tau bukan senang nak dapat tapi bila dah ada depan mata dan harga pun ok saya sapu bersih semua . Memang corak Sunshine ni cantik sangat . Walaupun saya hanya dapat piring dan cawan saja pada saya cukup la asal ada pelan-pelan saya cuba tambah koleksi ni...
My precious Sunshine


Hmmmm bab nama-nama corak ni la yang saya kurang arif hehehe nanti la saya check balik kat blog otai-otai nama depa semua ni hehee...


Set cawan terbaru dalam koleksi saya...waa banyak sayang woo...tiap-tiap hari belek kejap atau saya jeling-jeling manja gitu kat cawan-cawan saya ni...


Hmmm adakah ini Sunshine corak bunga Daisy....

J G MEAKIN SUNSHINE

Sambung cerita kisah cawan-cawan J G Meakin Sunshine saya yang saya ada beberapa biji ni , yang ini koleksi sulung saya . Saya beli dari kak Saidah , mula tu ingat cukup la dapat sebiji ni lepas tu saya jumpa pula piring-piring 2 biji tu dan lepas tu jumpa pula Sunshine Daisy hmmmm lepas ni apa la pulak yang saya akan jumpa....

Cantikkan corak bunganya ni memang berkobar-kobar juga semangat saya nak tambah koleksi ni tapi kena pelan-pelan kayuh juga kalau jumpa lagi dan harga pun cantik saya beli la...


Piring ni koleksi terawal saya dan saya dapat beli dengan harga RM 4 sebiji , saya dapat 2 biji jadi la bukan senang nak jumpa . Saya teringin nak tambah koleksi ni juga dan yang pasti hobi ni memang banyak guna $$$$ so saya kena la berbelanja dengan berhemah kehkehkeh....

ok la sampai sini dulu besok saya masukkan entry baru lagi tapi asemua bergantung pada line internet saya ni semenjak 3 minggu lepas ni Maxis Broadband saya jadi slow tak tau la kenapa mungkin ke kerana cuaca yang sekejap cerah lepas tu mendung dan hujan lebat . Kadang-kadang saya boleh masuk internet tapi tak boleh masuk blog dan kadang-kadang baru 3 minit masuk blog line internet saya boleh terputus dan saya kena start sambung balik . Kadang laju macam pagi ni tapi semalam terlalu slow sampai saya tak boleh nak taip komen untuk blog sendiri hmmmm memang susah juga la guna Broadband ni ....

Bye...bye....tata...