Isnin, 28 Jun 2010

J G MEAKIN SUNSHINE

Sambung cerita kisah cawan-cawan J G Meakin Sunshine saya yang saya ada beberapa biji ni , yang ini koleksi sulung saya . Saya beli dari kak Saidah , mula tu ingat cukup la dapat sebiji ni lepas tu saya jumpa pula piring-piring 2 biji tu dan lepas tu jumpa pula Sunshine Daisy hmmmm lepas ni apa la pulak yang saya akan jumpa....

Cantikkan corak bunganya ni memang berkobar-kobar juga semangat saya nak tambah koleksi ni tapi kena pelan-pelan kayuh juga kalau jumpa lagi dan harga pun cantik saya beli la...


Piring ni koleksi terawal saya dan saya dapat beli dengan harga RM 4 sebiji , saya dapat 2 biji jadi la bukan senang nak jumpa . Saya teringin nak tambah koleksi ni juga dan yang pasti hobi ni memang banyak guna $$$$ so saya kena la berbelanja dengan berhemah kehkehkeh....

ok la sampai sini dulu besok saya masukkan entry baru lagi tapi asemua bergantung pada line internet saya ni semenjak 3 minggu lepas ni Maxis Broadband saya jadi slow tak tau la kenapa mungkin ke kerana cuaca yang sekejap cerah lepas tu mendung dan hujan lebat . Kadang-kadang saya boleh masuk internet tapi tak boleh masuk blog dan kadang-kadang baru 3 minit masuk blog line internet saya boleh terputus dan saya kena start sambung balik . Kadang laju macam pagi ni tapi semalam terlalu slow sampai saya tak boleh nak taip komen untuk blog sendiri hmmmm memang susah juga la guna Broadband ni ....

Bye...bye....tata...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..