"My sweet and precious Rosa"
Selamat petang pada semua pengunjung dan kawan-kawan sealiran , hari ni saya nak berkongsi tentang koleksi Rosa saya ni . Memang saya sayang sangat koleksi ini dan bila dah dapat kumpul dengan tekonya makin lengkap la koleksi saya ni , set ni kalau tengok depan mata lagi cantik . Saya akan cuba cari dan dapatkan beberapa keping piring atau pinggan untuk melengkapkan lagi koleksi saya ni......
Saya nak tahu la koleksi J G Meakin Rosa ini keluaran tahun berapa yea..mungkin ada kawan-kawan sealiran yang tahu dan boleh bagi tau saya..thanks...
p/s. Saya dah tahu koleksi Rosa ni dibuat dan diguna dari tahun 1940-1970 , thanks ya Mat Gebu dan kak Nor64 for the info , saya pun buat research sendiri kat internet .
My sweet and elegant Rosa......
Sweet-sweet Rosa...
Detail seperti renda bergelung-gelung dibadan teko dan piring cawan ni la yang buat koleksi rosa ni cantik , manis dan berbeza dari teko-teko yang saya ada simpan . Tambahan lagi bentuk teko ini yang unik dengan warna pale pinknya memang menarik perhatian saya .
Cawan dan piring untuk koleksi J G Meakin 'Rosa" ini . Comel saja saiz cawannya ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..