Ahad, 20 Jun 2010

KOLEKSI PIRING TERAWAL

Piring leper dahlia
Makin ditenung lama-lama makin bekenan saya pada semua piring-piring yang saya tengok di blog-blog mereka yang banyak kumpul pinggan mangkuk lama ni.
Saya pun dah mula suka , nilai estetika pada setiap perincian corak bunga , bentuk , rupa , lekuk piring memang cantik . Barang yang lama macam ni memang mengusik jiwa sebab ada nostalgia yang tersimpan dalam ingatan saya sampai bila-bila...

Mak saya ada koleksi pinggan mangkuk bunga kangkung ni masa kami tinggal di Jitra dan Sungai Petani dulu tapi bila dah pindah semua entah ke mana......saya nak cari lagi koleksi piring corak bunga kangkung ni tapi saiz yang besar sikit . Saya tak dapat nak kumpul set yang lengkap lagi kena slow-slow cari ni dan sekarang ni saya hanya nak kumpul piring dulu dengan corak bunga yang berbeza-beza saja.


Piring bunga dahlia lagi tapi berbeza sikit dari corak piring bunga dahlia pada gambar yang atas sekali .


Piring bunga peonies , pinggan mangkuk corak bunga ni pun mak saya ada dulu ..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..