Salam pagi Isnin , untuk n3 hari ni saya nak berkongsi set yang ramai juga peminat dan pengumpul set pinggan mangkuk antik yang dah ada . Corak bunga yang simple ni di panggil bunga sabun .
Lama juga saya tunggu lebih kurang nak dekat setahun la juga baru saya dapat lengkapkan set ni mula-mula tu saya hanya dapat beli cawan je lepas tu jumpa piring dan akhir sekali dapat juga teko alladdin cuma creamer dan bekas gula je yang tak timbul-timbul lagi mana la agaknya dok sembunyi...
Saya memang dah lama cari teko untuk set cawan-cawan ni dan saya tak kisah kalau dapat teko apa jenis bentuk pun kalau dapat yang bentuk biasa pun ok alih-alih saya dapat juga teko aladdin ni alhamdulillah memang saya happy dan puas hati sangat .
Masa hunting ni kita memang tak boleh jangka apa yang kita boleh jumpa so bila dah jumpa teko ni akhirnya tamatlah sudah pencarian saya selama ni . Setakat ni saya tak pernah jumpa lagi piring corak bunga sabun ni . Dulu saya ada jumpa sebiji pinggan saja kat kedai second-hand tapi condition pinggan tu dah tak elok so saya tak beli la..

Ini la corak bunga sabun tu comeikan sweet gitu kombinasi warna yang sangat ngam . Memang kreatif designer zaman dulu sebab dapat cipta macam-macam corak flora dan fauna yang sangat cantik dengan kombinasi rupa , warna dan ton yang sangat menawan sampai bila-bila pun....everlasting beauty...
Ok la sampai sini dulu n3 saya di pagi Isnin ni...ciaou...
