Isnin, 16 Mei 2011

Ahad, 15 Mei 2011

Teko cinonet corak kangkung

Dah lama saya simpan teko ni tapi disebabkan kecuaian sendiri masa menyimpannya dulu so teko cute ni dah missing in action untuk tempoh yang sangat lama tapi nasib baik la baru-baru ni saya dapat jumpa balik teko ni , syukur alhamdulillah . Teko ni saya simpan semenjak dari tahun 1999 dan teko ni saya ambil dari rumah saya sendiri di kampung lepas saya minta dari mak saya la . Dulu saya nak simpan teko ni bukan sebab saya minat nak kumpul pml tapi sebab teko ni ada sentimental value yang tersendiri pada saya serta kenangan yang saya akan ingat sampai ke akhir hayat saya ni . Bila saya mula minat kumpul pml pada tahun 2009 baru la saya teringat balik pada teko cute bunga kangkung ni so saya pun mula la cari tapi saya lupa di mana saya simpan sebab dah lama sangat . Lepas cari dan terus mencari selongkar sana sini akhirnya saya jumpa juga dalam stor dan syukur alhamdulillah teko ni masih dalam keadaan yang baik dan cantik . So sekarang teko cute ni dah selamat berkumpul dengan koleksi kangkung saya yang lain....happynya..

Di sebab kan dah lama sangat saya simpan teko ni saya lupa macam mana la rupa bentuk teko kangkung ni yang saya cuma ingat teko ni ialah teko mini . So masa jumpa balik bungkusan teko ni saya ingat teko ni mesti bentuk biasa tapi bila buka kertas pembalutnya waaaaaaaaaa..terkejut akak memang terkezuztt oooo tak ku sangka bentuk teko ni lain dari yang lain teko ni tersangat la cutenya dan termasuk dalam bentuk teko yang 'rare' . So apa lagi memang saya happy sangat la masa tu , there n then saya terus call mak saya dan kongsi kegembiraan saya ni....' Mak , mak ingat dak dekat teko kecik kangkung yang dulu mak guna untuk.....' dan saya terus bersembang dengan mak saya tentang teko yang menyimpan seribu kenangan ni ......

Dari info yang saya dapat tau dari teman sehobi katanya corak bunga kangkung dengan dendalu pink adalah yang paling lama .


Perbandingan saiz teko dengan cawan bujang , teko cute ni memang kecil je . Alhamdulillah lepas lama mencari akhirnya teko yang sangat banyak menyimpan kenangan ni saya jumpa kembali . Kalau dah memang ada bahagian untuk saya tak ke mana perginya...itu je la yang selalu saya ingat dan 'pegang' semenjak dari awal saya terjebak dengan hobi kumpul pml lama ni .

Cop lama...

Kenangan abadi...

Jumaat, 6 Mei 2011

Tureen bujur berbunga mekar

Tengahari Jumaat ni sempat saya buat n3 ringkas lagi , semua kerja dah beres so sempat la saya buka blog sekejap .Kali ni saya nak kongsi koleksi tureen yang baru sampai ke rumahku syurgaku ni . Semenjak dua menjak ni saya makin giat kumpul tureen dan koleksi tureen saya makin bertambah macam-macam corak dan bentuk , alhamdulillah ada saja sumber untuk saya dapatkan tureen idaman dengan harga yang berbaloi .

Memang cantik tureen tak kira yang berbunga warna-warni atau yang simple saja coraknya . Semua tureen ada keunikkan dan daya tarikkan yang tersendiri dan pada saya semua tureen adalah cantik dan saya akan cuba kumpul pelbagai bentuk serta corak tureen . Teringat pesan seorang kawan pada saya , kata beliau supaya simpan semua tureen-tureen yang saya ada tak kira bercorak simple geometri atau mewah berbunga serta warna-warni tak kira buatan China , Jepun atau dari England sebab semakin lama semakin sukar nak jumpa tureen-tureen antik ni . Barang lama yang sangat tinggi nilai estetika dan tak mungkin dapat dicari ganti lagi di masa depan .

Jom tengok beberapa keping gambar tureen bujur dengan corak bunga-bungaan yang baru saya dapat ni . Ukuran tureen ni 10 inci serta dalam keadaan yang masih elok walaupun ada kesan retak sikit pada pemukaan tutup tureen . Sweet sangat corak pelbagai bunga dengan warna-warni yang ceria hmmmm cantikkan....

Bunga di setiap penjuru tureen bujur ni...cantik la..sweet..

Ada bunga sri pagi , daisy dan ros sweetkan..

Tureen ni coraknya hanya pada penutup dan tidak ada corak pada badan tureen . Bila tengok tureen ni saya terbayang kan zaman dulu masa tureen ni diguna oleh pemilik asal untuk isi lauk pauk , cukup bergaya kan bila tureen secantik ni di letak di atas meja makan....

Selasa, 3 Mei 2011

Tureen ros sekuntum..

Sebiji lagi tureen dalam koleksi saya dengan corak bunga ros yang sangat cantik . Corak tureen yang saya baru dapat ni ialah sekuntum bunga ros penuh pada pemukaan tutup tureen serta pada badan tureen . Saiz tureen 10 inci dan masih dalam keadaan yang cantik..




n3 simple lagi la kali ni , kita tengok gambar saja la lagi best kan..

Set biru Jepun

Set antik teko dan cawan Jepun..


Cantik..

Ada sedikit corak bunga berwarna emas yang melingkari badan teko serta cawan , sangat cantik..

Set ni reka coraknya tiada bunga-bungaan yang berwarna-warni tapi reka bentuk teko serta cawan yang sangat cantik dengan corak timbul pada pemukaan teko serta cawan menyerlahkan gaya elegant .

Set kekwa biru

Bila dah cukup lengkap set baru la saya dapat buat n3 untuk set kekwa biru ni . Lama juga saya tunggu untuk nak lengkapkan set kekwa biru kesayangan saya ni sejak November 2009 sampai la Sabtu lepas baru saya dapat sugar pot dan creamer jug . Penantian kali ni memang berbaloi alhamdulillah akhirnya saya jumpa juga . So kiranya saya dah boleh tutup buku untuk set kekwa biru kesayangan saya ni .

Set kekwa biru kesayangan..emmm senangnya hati bila tengok koleksi dah lengkap macam ni..


Biru warna favorite saya..

Pak din dengan cik sugar pot dan cik creamer dah bersatu laa la la..


Teko pak din yang saya dapat dari apek Tanjung Karang pada bulan November 2009 masa pegi melawat kak Aton . First time nampak terus jatuh cinta dan saya sabar tunggu kedatangan set piring serta pinggan kemudian set cawan mulut lebar dan akhir sekali sugar pot serta creamer jug..penantian ku berakhir juga rupa-rupanya ada juga bahagian untuk saya...


Hari ni memang hari mengemas pml so lepas ni saya akan masukkan lagi n3 koleksi pml saya yang lain pula . Senang kerja bila masuk n3 bila time mengemas paling saya suka kalau buat n3 tureen mudah sangat sebab tureen sebiji nak ambil gambar pun senang saja kalau n3 set memang banyak juga kerja nak susun kan tapi sebab minat dan hobi saya buat juga :)

ok bye-bye...
Salam sayang dari ku untuk semua pengunjung blog..

Sepi itu Indah...

GA kak Aton - Singgah Aton

Di pagi Selasa ni saya masukkan n3 pertama untuk bulan Mei..

Saya join GA kak Aton..dari blog SINGGAH ATON , kak aton anjurkan GA semperna perkahwinan kak Aton yang ke 30 tahun wow lama dah tu dan saya doa kan kak Aton akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat bersama suami tersayang , amin..

Gambar wedding kak aton , waaaa Kak Aton cantik sangat la cun melecun dengan suami yang segak kacak .

Pada yang nak join GA kak Aton boleh la KE SINI

GA ini bermula dari 1/5/2011 sahingga 30/5/2011

GA kak aton ni special sebab hadiahnya hasil kerja tangan kak aton yang sangat cantik dan kreatif . Rajin la kak Aton jahit semuanya memang best la kalau dapat salah satu hadiah GA ni hihihi...

Hadiah pertama
2 helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben


Hadiah kedua
2 helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben


Hadiah ketiga
2 helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben


Hadiah ke empat
sehelai saprah sulam dan hiasan dinding sulaman riben

SYARAT-SYARAT GA :

1) Mestilah menjadi follower saya : http://atonsulam.blogspot.com/
Dah lama jadi follower blog kak aton semenjak tahun 2009 hihi

2) Linkkan blog kak Aton dalam blog anda.
Beresss...

3) Sudilah buat entry ringkas tentang GA ini diblog anda.
Kak aton anjurkan GA ni sempena ulangtahun perkahwinan k Aton yang ke 30 tahun

4) Sila tinggalkan link anda dalam ruang comment.
Ok beres..

5) Tulislah komen anda mengenai blog Kak Aton.
Blog kak Aton memang best dan sangat menarik sebab n3 kak Aton ada pelbagai kisah dan cerita . Kak Aton pun rajin up date blog kadang-kadang ada kisah hobi pml , ada juga kisah anak-anak kak Aton , kehidupan kak Aton di rumah , aktiviti harian dan juga hasil kerjatangan sulaman kak Aton yang paling saya suka .

So , jom la ramai-ramai kita join GA kak Aton ya...
Jom..jom..

Sabtu, 23 April 2011

Tureen bunga timbul

Lagi koleksi tureen lama yang ada dalam simpanan saya . Tureen ni saiznya 12 inci lebar dan 5 inci tinggi . Jom tengok gambar tureen...






'Sepi itu Indah'

Khamis, 21 April 2011

Tiffin-tiffin biru ku...

Hanya mereka yang sama citarasa dan hobi saja tau kenapa saya suka kumpul semua tiffin ni . Bila tengok dalam gambar memang dah nampak cantik tapi bila ada depan mata secara jujur saya bagitau memang saya tak boleh tahan tengok keunikkan dan cantikknya tiffin ni susah saya nak huraikan dengan kata-kata cuma saya boleh katakan 'hanya jauhari mengenal manikam' . Lagi best bila saya beli semua tiffin ni di kedai yang jual barang-barang antik di Jonker Street so saya dapat beli semua tiffin ni dengan harga yang sangat-sangat berbaloi . To my dear friend , terima kasih akak ucapkan sebab bagi tau akak tentang kodai antik kat Jonker tu , memang berbaloi laa....

Cepat cepat berbaris elok-elok semua nak masuk blog ni...


Deretan tiffin untuk ku warisi pada ketiga-tiga permata hati anak-anakku yang tersayang...


Corak bunga teratai..


Bunga seri pagi yang kembang mekar..


Corak kat tiffin ni saya kurang pasti tapi daunnya macam daun pegaga atau mungkin juga ada sejenis bunga yang sering dilihat oleh pereka yang melukis corak pada mangkuk porcelian tiffin ni..
Cantik , unik dan antik...

Rabu, 20 April 2011

Kopitiam di Kemaman

Malam ni saya macam dapat semangat pula nak buat n3 lagi so terhasil la n3 yang simple ni . Weekend baru-baru ni saya dan keluarga sempat jalan-jalan ke Kemaman . So bila dah sampai ke Kemaman saya singgah la kedai kopitiam yang kawan saya ada bagi tau tentang hiasan dalam kedai ni yang sangat menarik . Bila dah sampai saya minta izin dari tokeh kedai untuk ambil gambar hiasan dalaman kopitiam ni untuk saya simpan gambarnya buat kenangan dalam blog saya ni .
Meja ni penuh disusun macam-macam makanan dan kuih muih untuk sarapan pagi . Nampakkan bihun , nasi berlauk , nasi dagang yang disusun dalam mangkuk besar kayu dan hiasan centre piece vase yang disusun padat dengan bunga heliconia yang sangat cantik ..kreatif betul la..

Basikal mainan tergantung elok je kat dinding tu..


Paling menarik cara talam-talam ayan ni disusun sangat la kreatif , bila dah susun banyak-banyak macam ni jadi sangat cantik...

Teko ayan yang sangat menarik perhatian dan tumpuan saya ni..

Semuanya antik dan sangat berharga , tiffin biru pun ada..


Hmmmm barisan set cawan kopitiam ni betul-betul mengoda sangat la tapi hanya untuk display saja ermmm dapat cuci mata pun jadi la..

Ok la sampai disini untuk n3 saya malam ni dah gantuk la insyallah saya akan masukkan banyak lagi n3 ya , byee....

---------------------------

' Tak hidup dek puji tak mati dek keji '

Tiffin biru...

Assalamualaikum , n3 kali ni saya nak berkongsi koleksi saya yang terbaru iaitu tiffin biru ni yang memang cantik bila dah tengok sendiri depan mata . Memang bestkan bila dapat kumpul pml atau porcelian antik yang sangat tinggi nilai sejarah serta antiknya ni...



Insyallah jika ada kelapangan saya akan masukkan n3 baru lagi...

Penyebaran fitnah

Dalam saya dok seronok kumpul pml ni tanpa MENGANGGU SESIAPA pun ada juga dugaan yang datang. Saya kumpul pml ni untuk kepuasan sendiri dan bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak mencari pasal dengan sesiapa pun tapi entah la macam-macam perangai manusia ni ya....hanya ALLAH saksi segala yang terjadi......

Berhati-hati lah bila mendengar luahan/cerita/kata-kata manusia yang anda kenal hanya di alam cyber , selidik dulu dan cari KEBENARAN CERITA yang disampaikan sebelum anda percaya apa saja yang manusia itu perkatakan .


.....Tak hidup dek puji tak mati dek keji...

.....................................................................................................................................

Artikal tentang FITNAH ni saya dapat dari internet dan saya masukkan dalam blog saya ni untuk dikongsi bersama....


Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel dan sekarang di Facebook membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, PERBUATAN ITU DAPAT MENONJOLKAN DIRINYA SEBAGAI BAIK DAN LEBIH LAYAK BERBANDING ORANG YANG DIBURUKKAN ITU.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Isnin, 11 April 2011

Tureen ros Jepun

Hari ni saya nak kongsi tureen bunga ros yang sweet ni , tureen antik ni dari Jepun . Tureen ni saiznya 10.5 inci so saiznya sedang cantik je tak terlalu besar atau kecil sangat . Corak bunga ros kat tureen ni cantik dan sweet sangat kena pula dengan corak daun warna hijau lembut yang melingkari bunga ros . Ok la jom tengok gambar tureen yang penuh dengan bunga ros ni.....

Sweet roses..
Warna ros ni lembut dan sweet sangat..

Cantikkan..
Memang lama saya tunggu nak dapat tureen bunga ros macam ni dan akhirnya tercapai la hasrat saya lepas sabar menunggu . Macam saya cakap dulu tak dapat di sana kita cari kat sini dan kalau tak dak juga kat sini alamatnya kita kena keluar daerah la pi cari insyallah ada la bahagian kita..kalau tak da pun ok kalau ada emmmmm seronok tak terkata la...