Memaparkan catatan dengan label almari hiasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label almari hiasan. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Januari 2011

Almari sudah sampai

Sekarang ni saya tengok blog antik pml dah agak sepi tapi saya tetap pilih untuk aktif berblog . Di sini saya bermula dan dapat kepuasan sebenar untuk saya catat serta kongsi koleksi pml yang saya ada . Blog saya ni dah macam journal untuk saya simpan segala gambar koleksi dengan sedikit coretan serta cerita pengalaman saya selama mengumpul pinggan mangkuk lama

Kawan-kawan pun dah tak serancak dulu meninggal komen tapi saya tengok kat counter mengira boleh tahan ramai pengunjung blog saya pada satu-satu masa especially bila saya buat n3 baru tapi semuanya prefer untuk jadi silent reader saja ok la . Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi nak singgah blog saya ni walaupun anda semua tak meninggalkan sapaan atau komen tapi saya sangat-sangat menghargai kunjungan anda semua....

ok berbalik pada tajuk n3 saya untuk malam ni..almari sudah sampai..

Almari hiasan yang dah lama saya tunggu akhirnya sampai juga semalam . Dah lama saya plan nak bawa balik almari ni dari rumah mertua tapi tertangguh banyak kali semenjak dari tahun sudah lagi . Almari ni kepunyaan mak mertua yang dia beli pada tahun 1976 dan sekarang dah jadi kepunyaan saya . Perasaan saya sekarang hmmmm mesti la seronok dan rasa bertuah sebab mak mertua bagi . Hari ni saya mengemas set-set yang sesuai untuk dimasukkan dalam almari cermin ni . Sambil susun set cawan dan teko sambil senyum hehehe biasa la tu kan hehe...

So sekarang ni dah cukup koleksi almari di rumah saya dan alhamdulillah semua set cawan serta teko saya dapat display , suka-suka...

Tunggu ya nanti saya masukkan n3 rupa baru almari hiasan ku ni...


Macam ni la rupa almari masa baru sampai dari kampung kotor tapi sekarang dah bersih . Saiz almari kaca ni 4 kaki x 3 1/2 kaki x 14 inci so memang cukup besar dan ada 3 tingkat . Keadaan almari masih baik serta kukuh....

Khamis, 4 November 2010

Selepas dan sebelumnya..

Almari hiasan x-display unit ni saya beli dari Ikea yang masa tu dipamerkan di ruang "As is" saya beli tahun sudah lepas berbulan juga cari almari hiasan . Masa beli almari solid wood jenis birch ni warnanya coklat gelap dan tak ikut warna perabot kayu yang dah ada kat rumah saya tapi disebabkan harga diskaun sampai 70% dari harga asal saya beli juga . Saya memang plan nak cat warna putih tapi tak buat-buat sampai la last week sebab nak bagi matching dengan 2 almari baru saya tu . Kalau tak cat kang rumah saya ni dah jadi padat sangat macam kedai perabot sebab ada almari macam-macam color pula..

Ini la rupa asal almari ni saya cat bahagian luar dan suami cat bahagian dalam . Dalam 2 hari baru la siap . Ok juga tak la susah sangat nak cat almari ni dapat la juga exercise sambil nak nak bagi almari ni cantik ikut citarasa sendiri....

Sebelum..

Taraaa selepas dah siap...

Bila kering je cat terus saya display balik set-set yang saya ada dan sekarang ni baru la saya puas hati sebeb almari ni dah jadi warna putih . Ruang dining rumah saya ni pun tampak lebih luas......

Ahad, 31 Oktober 2010

Dah siap kemas..

Lepas 4 hari baru la saya betul-betul dapat kemas koleksi saya ni dalam lemari baru saya ni . Saya tak dapat nak susun piring dan oval platers sebab tak cukup ruang hmmm macam mana tu hehehe tak kan nak tambah lemari lagi hehehe . Saya takut juga kalu susun banyak-banyak sangat nanti berat pula kan so saya puas hati sangat dengan susun atur yang saya buat ni..





Bila dah dapat display macam ni dalam lemari baru la terserlah keanggunan set cawan dan teko yang saya dah kumpul ni dan baru la best nak tengok dan admire koleksi sendiri .

Khamis, 28 Oktober 2010

Almari putih dah sampai

Almari baru yang di tunggu dah sampai dengan selamatnya ke rumah saya dari Ikea pada petang Selasa yang lepas . Gumbiranya saya yang sekarang ni masih berkemas koleksi yang saya kumpul selama ni . Almari asal kat dining area ni dah bertukar tempat dan almari lama saya yang satu lagi warna gelap pun saya nak cat hari ni jadi warna putih juga bagi matching dengan 2 almari baru saya ni .
Dah lama saya mencari almari untuk saya display segala koleksi yang saya mula kumpul dari Julai tahun lepas . Puas dah saya mencari almari antik yang besar dan tinggi tapi saya tak jumpa dan lepas tu saya ingat nak beli almari jati tapi last-last almari dari Ikea juga jadi pilihan kami berdua . Sebelum ni saya memang dah ada 2 almari solid wood dari Ikea dan sampai sekarang masih kukuh utuh sebab tu saya pilih almari solid kayu birch ni . Cuma kali ni saya pilih warna putih kiranya tukar deco la sikit . Perabot warna putih ni dapat buatkan ruang yang sempit tampak lebih luas dan selesa so memang elok sangat la dengan rumah saya yang mempunyai ruang yang terhad .

Almari putih baru..

Sekarang ni saya masih dalam proses kemas sana dan sini insyallah dalam sehari dua siap la semuanya . Nanti bila dah siap baru saya boleh buat n3 baru lagi . Thanks pada semua sahabat yang sering singgah blog saya ni..

Sabtu, 10 Julai 2010

KABINET LAMA


Dah lama juga saya tak buat n3 malam ni baru ada masa . Macam ni la rupa baru kabinet yang saya dapat dari mertua dan dah di baik pulih . Terima kasih banyak-banyak buat cik abang den tu yang bertungkus-lumus juga la touch-up kabinet ni dia beli cermin baru dan pasangkan cermin tu kat pintu kabinet ni lepas tu cat balik lemari ni dan angkat letak kabinet ni di tempat yang saya nak . Thanks laling..
Happynya saya bila dapat susun koleksi saya ni masuk dalam kabinet antik ni sebabnya sebelum ni koleksi saya ni hanya tersimpan dalam lemari kabinet kat dapur je . Bila dah disusun cantik dapat la saya pandang dan belek precious saya ni dan sedara mara yang datang pun dapat admire sekali tengok koleksi ni cuma mak mertua je belum tengok lagi sebab mak sibuk di kampung baru dapat cucu insyallah nanti sampai la mak ke rumah saya dan dapat tengok sendiri kabinet antik ni . Saya hanya bawa balik gambar je tunjuk kat mak dan dia puji dah cantik lepas kena make-up....


Dekat atas kabinet ni saya susun koleksi tin-tin yang saya kumpul . Sekarang ni tiap-tiap hari kalau saya ngadap komputer sempat la saya belek dan tengok puas-puas koleksi cawan dan teko precious saya ni .

Disebabkan ruang terhad saya tak dapat nak susun sekali piring-piring corak yang sama dengan koleksi dalam kabinet ni .
Koleksi 5 roses, maple dan bunga terung ni saya dapat dari banyak sumber dan dari banyak negeri ada yang hunting sendiri dan beli online . Bila dah cukup lengkap set yang macam saya ada ni saya pun dah duduk diam-diam tak ligat macam dulu hunting sana sini . Saya masih masuk kedai apek serta pegi amcorp dan kadang-kadang shopping juga online cuma tak la membeli banyak-banyak macam dulu tapi macam mana pun minat kumpul barang lama ni tak pernah saya lupakan......ciaou..

KABINET LAMA

Ini la rupa cabinet solek sebelum di touch dan gambar ni saya ambik masa masih di kampung lagi . Suami saya la yang punggah keluarkan lemari ni dari bilik dan sambil dia buka cermin kabinet ni suami saya tu tak habis-habis cerita kisah kabinet solek kepunya mak mertua saya ni . Banyak sangat nostalgianya buat suami ku tu...
Saya memang dah lama bekenan dengan almari lama atau retro ni sebelum saya terjebak kumpul set pinggan mangkuk lama lagi . So awal tahun hari tu saya tanya mertua tentang kabinet lama ni dan mak bagi je tanpa banyak cerita green light hehehe , tu la di katakan rezeki bergolek-golek laju datang pada diri kita...

Kabinet solek ni mak beli masa dia nak bernikah dengan abah pada tahun 1968 kiranya set pengantin la ni . Harga kabinet ni RM25 dan mak beli juga lemari baju serta katil yang sama design . Kabinet ni masih kukuh dan kuat cuma kaca kat pintu dah pecah .

Suami saya sekarang ni pun macam dah minat juga dengan perabot lama ni dan dia nak punggah bawa balik lemari baju tu juga tapi bukan sekarang sebab maslah ruang yang terhad di rumah saya yang comel ni . Adik-beradik suami saya pula jenis tak minat barang-barang lama dan kabinet retro macam ni soo sonang cerito nyoo..

Akhirnya bila sampai masa berpindah la juga lemari ni dari kampung ke rumah kami , alhamdulillah . Kabinet ni akan jadi warisan turun-temurun kami nanti dan saya harap anak-anak saya akan hargai dan jaga segala koleksi saya ni sebaik mungkin macam mana saya jaga..


Cerminnya dibuka dulu buat masa ni dan disimpan elok-elok..



tu je la ceritanya kisah kabinet warisan kami ni nanti di lain n3 saya masukkan gambar lemari kaca lama yang lain pula yang saya dapat dari kampung juga...bye..