Sabtu, 23 April 2011

Tureen bunga timbul

Lagi koleksi tureen lama yang ada dalam simpanan saya . Tureen ni saiznya 12 inci lebar dan 5 inci tinggi . Jom tengok gambar tureen...






'Sepi itu Indah'

Khamis, 21 April 2011

Tiffin-tiffin biru ku...

Hanya mereka yang sama citarasa dan hobi saja tau kenapa saya suka kumpul semua tiffin ni . Bila tengok dalam gambar memang dah nampak cantik tapi bila ada depan mata secara jujur saya bagitau memang saya tak boleh tahan tengok keunikkan dan cantikknya tiffin ni susah saya nak huraikan dengan kata-kata cuma saya boleh katakan 'hanya jauhari mengenal manikam' . Lagi best bila saya beli semua tiffin ni di kedai yang jual barang-barang antik di Jonker Street so saya dapat beli semua tiffin ni dengan harga yang sangat-sangat berbaloi . To my dear friend , terima kasih akak ucapkan sebab bagi tau akak tentang kodai antik kat Jonker tu , memang berbaloi laa....

Cepat cepat berbaris elok-elok semua nak masuk blog ni...


Deretan tiffin untuk ku warisi pada ketiga-tiga permata hati anak-anakku yang tersayang...


Corak bunga teratai..


Bunga seri pagi yang kembang mekar..


Corak kat tiffin ni saya kurang pasti tapi daunnya macam daun pegaga atau mungkin juga ada sejenis bunga yang sering dilihat oleh pereka yang melukis corak pada mangkuk porcelian tiffin ni..
Cantik , unik dan antik...

Rabu, 20 April 2011

Kopitiam di Kemaman

Malam ni saya macam dapat semangat pula nak buat n3 lagi so terhasil la n3 yang simple ni . Weekend baru-baru ni saya dan keluarga sempat jalan-jalan ke Kemaman . So bila dah sampai ke Kemaman saya singgah la kedai kopitiam yang kawan saya ada bagi tau tentang hiasan dalam kedai ni yang sangat menarik . Bila dah sampai saya minta izin dari tokeh kedai untuk ambil gambar hiasan dalaman kopitiam ni untuk saya simpan gambarnya buat kenangan dalam blog saya ni .
Meja ni penuh disusun macam-macam makanan dan kuih muih untuk sarapan pagi . Nampakkan bihun , nasi berlauk , nasi dagang yang disusun dalam mangkuk besar kayu dan hiasan centre piece vase yang disusun padat dengan bunga heliconia yang sangat cantik ..kreatif betul la..

Basikal mainan tergantung elok je kat dinding tu..


Paling menarik cara talam-talam ayan ni disusun sangat la kreatif , bila dah susun banyak-banyak macam ni jadi sangat cantik...

Teko ayan yang sangat menarik perhatian dan tumpuan saya ni..

Semuanya antik dan sangat berharga , tiffin biru pun ada..


Hmmmm barisan set cawan kopitiam ni betul-betul mengoda sangat la tapi hanya untuk display saja ermmm dapat cuci mata pun jadi la..

Ok la sampai disini untuk n3 saya malam ni dah gantuk la insyallah saya akan masukkan banyak lagi n3 ya , byee....

---------------------------

' Tak hidup dek puji tak mati dek keji '

Tiffin biru...

Assalamualaikum , n3 kali ni saya nak berkongsi koleksi saya yang terbaru iaitu tiffin biru ni yang memang cantik bila dah tengok sendiri depan mata . Memang bestkan bila dapat kumpul pml atau porcelian antik yang sangat tinggi nilai sejarah serta antiknya ni...



Insyallah jika ada kelapangan saya akan masukkan n3 baru lagi...

Penyebaran fitnah

Dalam saya dok seronok kumpul pml ni tanpa MENGANGGU SESIAPA pun ada juga dugaan yang datang. Saya kumpul pml ni untuk kepuasan sendiri dan bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak mencari pasal dengan sesiapa pun tapi entah la macam-macam perangai manusia ni ya....hanya ALLAH saksi segala yang terjadi......

Berhati-hati lah bila mendengar luahan/cerita/kata-kata manusia yang anda kenal hanya di alam cyber , selidik dulu dan cari KEBENARAN CERITA yang disampaikan sebelum anda percaya apa saja yang manusia itu perkatakan .


.....Tak hidup dek puji tak mati dek keji...

.....................................................................................................................................

Artikal tentang FITNAH ni saya dapat dari internet dan saya masukkan dalam blog saya ni untuk dikongsi bersama....


Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel dan sekarang di Facebook membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, PERBUATAN ITU DAPAT MENONJOLKAN DIRINYA SEBAGAI BAIK DAN LEBIH LAYAK BERBANDING ORANG YANG DIBURUKKAN ITU.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Isnin, 11 April 2011

Tureen ros Jepun

Hari ni saya nak kongsi tureen bunga ros yang sweet ni , tureen antik ni dari Jepun . Tureen ni saiznya 10.5 inci so saiznya sedang cantik je tak terlalu besar atau kecil sangat . Corak bunga ros kat tureen ni cantik dan sweet sangat kena pula dengan corak daun warna hijau lembut yang melingkari bunga ros . Ok la jom tengok gambar tureen yang penuh dengan bunga ros ni.....

Sweet roses..
Warna ros ni lembut dan sweet sangat..

Cantikkan..
Memang lama saya tunggu nak dapat tureen bunga ros macam ni dan akhirnya tercapai la hasrat saya lepas sabar menunggu . Macam saya cakap dulu tak dapat di sana kita cari kat sini dan kalau tak dak juga kat sini alamatnya kita kena keluar daerah la pi cari insyallah ada la bahagian kita..kalau tak da pun ok kalau ada emmmmm seronok tak terkata la...

Sabtu, 9 April 2011

Mug kangkung

Hari ni edisi n3 awal pagi sebelum sesi hunting bermula
Moga hari ni saya dapat hasil hunting yang lumayan..
Tapi sebelum tu saya nak share koleksi kangkung ni dulu ya..

Bunga kangkung memang corak favorite kiranya macam corak wajib dalam koleksi pml . Saya masa mula-mula nak kumpul pml dulu pun ingatkan nak kumpul kangkung je tapi bila dah tengok yang lain tak leh tahan tergugat iman akak ni sebab semuanya cantik-cantik . Tapi macam mana pun bunga kangkung ni tetap menjadi pojaan hatiku everlasting beauty laa...

Al kisah mug 2 biji ni sangat bermakna buat saya sebab hasil hunting masa kunjungan kali ke 2 ke kedai apek favorite suatu masa dulu kedai apek bisu di Jalan Pasar . Apek bisu memang tak lokek barang tiap kali saya pegi kedai , dia mesti bawa turun barang dari stor macam la 2 mug kangkung yang saya dapat dengan harga RM5 sebiji ni . Apek ni bisu tapi dia boleh mendengar so saya cakap dengan dia macam biasa atau guna bahasa isyarat dengan jari nak berkomunikasi dan apek balas dengan bahasa isyarat , tulis atau lukis benda yang dia ada . Bila dia lukis je mug saya dah seronok cuma saya tak tau bunga apa sebab lukisan bunga apek tu tak macam bunga kangkung so saya tunggu penuh debar . Apek naik atas stor dan bawa turun 2 biji mug yang memang saya nak sangat 'mug kangkung laaa' . Masa nampak apek pegang mug kangkung 2 biji ni saya rasa macam nak melompat pun ada juga hehehe kenangan mula-mula hunting la katakan mesti la terlebih excited sangat . Kenangan lama tingal memori je seronok cari barang di kedai apek bisu tapi sekarang ni kalau pegi kedai apek bisu dah tak de apa dah ielek , finish , boliow , licinnnnnnn....

Masa hunting minggu lepas saya dapat 3 tutup mug kangkung ada bunga kat kedai apek juga tapi ni kedai apek baru 'lubuk baru laaaa' . Masa dapat bestnyaaa dan bila balik je terus basuh bersih sebab tutup mug ni kotor sangat penuh debu tanah/selut sebab cerita apek tu semua barang-barang yang dia jual ni dulu pernah tenggelam dalam banjir . So dia kutip je dan simpan tanpa dia basuh dulu penutup mug ni . Saya dapat 3 biji tutup mug kangkung ada bunga ni suka suka..

Mug kangkung dah pakai topi baru aleee munge laaa..

Ni pula gambar mug dengan tutup lama

Bila dah ada yang baru tutup mug yang lama ni saya simpan boleh gak guna kalau ada mug yang tak ada penutup kan . Emmmm apa nak cerita lagi ya rasanya tu je la ok la sampai sini dulu ya insyallah besok saya buat n3 baru lagi...

Tata...jom kita gi hunting...

Jumaat, 8 April 2011

Old English

Tertunai la juga hasrat saya nak kumpul tureen JB dan saya dapat beli tureen ni dari kak Welly . Cantik betul tureen ni dari bentuknya sampai la ke corak dan dengan warna yang sungguh sweet . Jom tengok gambar-gambar yang saya ambil ni...


Bunga yang sweet..



Tureen JB - Old English..

Sampai di sini dulu..
Selamat bercuti hujung minggu..
ke mana kita hunting kali ni ya...

Berkilau-kilau sakura putih

Pagi Jumaat muncul lagi..

Koleksi teko dan cawan lama warna keemasan ni saya mula kumpul dari tahun 2009 , corak ni kalau tak silap di panggil sakura putih . Koleksi ni dah cukup setakat mana yang saya dah ada saya tak mau tambah lagi sebab ruang display yang terhad . Saya susun elok-elok je dalam almari kecil yang saya dapat dari rumah mertua .

Pada saya kepuasan sebenar kumpul pml antik ni ialah bila saya dapat cari sendiri tak kira di kedai apek/nyonya , dari amcorp mall , dari kedai antik atau dari mana saja . Saya cari sendiri pml idaman dan bawa balik ke rumah pun dengan usaha sendiri sebab tu kalau beli barang dari kawan-kawan yang jauh saya sanggup pergi ambil sendiri sebab tak mau ambil risiko takut terpecah atau sebagainya . Kalau tak boleh ambil sendiri baru la saya biarkan pml yang saya beli tu di pos . Banyak sebenarnya yang saya nak cerita tentang pengalaman saya selama 2 tahun saya kumpul pml ni tapi kadang-kadang tu saya rasa biar lah pengalaman tu menjadi kenangan buat saya dan keluarga . Ada banyak sangat kenangan pahit serta manis yang saya lalui dan semuanya saya simpan rapi , bila dikenang yang manis memang saya tersenyum sendiri dan pengalaman yang pahit tu saya cuba lupakan serta buang jauh-jauh dari ingatan saya ni . Susah payah pegi hunting sendiri pun tak pa yang penting saya dapat pml idaman . Kebanyakkan barang yang saya jual dalam kedai nannie tu adalah koleksi kesayangan yang saya tak dapat nak simpan lagi di sebab kan ruang display yang terhad . So sekarang ni saya simpan yang mana saya boleh display saja dan bila dah display baru la saya boleh tengok selalu , kalau ada masa boleh belek lama sikit kalau tak pun bila lalu tepi almari tu cukup la sekadar jeling-jeling manja gitu...

Dari info yang saya dapat set emas ni adalah antara porcelian yang paling lama so memang kena jaga elok-elok ni sebab lagi lama lagi tinggi nilai antiknya..

Setakat ni je n3 di pagi ni..
Selamat bercuti hujung minggu..

Khamis, 7 April 2011

Koleksi mini - bunga ros

Asslamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi koleksi bunga ros lagi tapi set mini . Saya tak pasti apa nama corak ni so saya panggil ros saja la . Koleksi set cawannya saya dapat dengan bantuan kak Zaiton terima kasih ya kak Ton dan tekonya dari kawan-kawan yang sehobi sementara tureen tu dari amcorp mall . Comel set mini ni cuma teko serta set cawan yang saiz normal saya tak jumpa lagi harap-harap dapat la tapi kalau tak ada pun saya ok je dengan koleksi yang saya dapat kumpul setakat ni .



Set cawan comel dengan tureen..

bye-bye for now

besok kita jumpa ya dengan n3 baru lagi..

Rabu, 6 April 2011

Tureen ros

Tureen ni saya tak pasti apa nama corak bunganya so saya panggil je tureen ros sebab jelas sangat ada 2 kuntum ros kembang . Tureen bentuk bujur ni saiz dalam 11 inci dan masih elok rim gold masih cantik .



Selasa, 5 April 2011

Baru nak kumpul tureen - 'cinta' baru nak berputik..

Saya sekarang ni baru nak mula kumpul tureen dulu saya lebih pada nak lengkapkan set teko , cawan-cawan dan pinggan mangkuk . Walaupun sekarang set pml saya masih ada yang tak lengkap dengan creamer dan sugar pot tapi saya dah mula nak kumpul tureen sebelum kepupusan . Sekarang ni pun bukan senang nak jumpa tureen kecuali ada kenalan yang sentiasa boleh tolong cari kan untuk kita . Banyak kali juga saya terlepas dapat beli tureen di fb atau yang dijual oleh blogger nak buat macam mana saya yang lambat tengok dan memang dah tertulis tureen tu bukan untuk saya . So saya buat keputusan biar lah saya cari sendiri tureen-tureen tu .

Saya ni baru masuk dalam fasa nak kenal bunga-bunga dan jenis-jenis tureen macam orang baru nak bercinta la baru kenal sikit-sikit lepas tu baru la 'cinta' nak berputik dan lepas tu baru cinta tu berkembang mekar .Sekarang ni agak susah juga nak jumpa tureen tapi saya tetap tak putus asa nak cari juga kalau tak jumpa di sana mungkin ada di sini atau insyallah ada bahagian saya di tempat lain . Alhamdulillah lately ni saya selalu jumpa tureen dengan harga yang ok berbaloi . Koleksi yang ada dalam simpanan saya pun makin bertambah dan saya akan kongsi koleksi tureen saya di blog saya ni dari masa ke semasa . Kalau dulu saya nak cari teko kotak je tapi zaman teko kotak saya dah berlalu sebab saya rasa cukup la dengan beberapa biji teko kotak yang saya dah ada tu so sekarang ni saya dalam fasa baru mula nak kumpul tureen pula .

Tureen berkaki/tapak yang baru saya dapat , corak roses dan bunga-bunga biru/oren . Cantik serta sweet dan saya ada sebiji lagi tureen macam ni tapi corak geometri nanti saya masukkan dalam blog .

Elegant bentuknya..
Kat pemegang ni yang cantik sangat . Bila makin dibelek makin sayang patut la bila dah ada sebiji tureen nak cari lagi . Kalau dapat lagi memang best tapi kena tunggu saja la kan dan kalau ada rezeki dapat la saya kumpul tureen dengan corak lain pula..

Persinggahan sementara..

Koleksi ayan n mangkuk tingkat ni saya susun dulu atas almari ni sebelum dibeli oleh customer . Bila dah disusun banyak-banyak cantik la pula walaupun almari putih ni tak de ciri-ciri bentuk nusantaranya tapi kira ok la kan . kalau ayan-ayan ni terus di display atas almari ni pun k juga kan....

Persinggahan sementara atau mungkin boleh terus je kekal di atas sana...