Memaparkan catatan dengan label twin roses. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label twin roses. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2010

MY TWIN ROSES COLLECTIONS

My precious twin roses
Cawan saiz biasa dengan cawan mini...


Lepas dapat teko twin roses , saya dapat kumpul pulak suger pot ni cuma sekarang saya mencari bekas susu pula bila la agaknya nak jumpa ya...


Oval plater kecil , tak dapat yang besar yang cinonet comel ni pun dah buat saya happy sangat.


My tiny mini cups and saucers , my adorable collection..

TWIN ROSES

Koleksi kesayangan saya...
Akhirnya pagi tadi berjayalah juga saya ambil gambar koleksi twin roses saya ni dah lama saya plan tapi selalu bertangguh , cuma saya susun koleksi saya ni ikut jadi saja la sebab nak cepat .

Mula-mula sekali saya dapat beli teko bentuk biasa ni pada bulan Ogos tahun sudah tanpa saya tau apa nama corak bunga ni , masa tu saya bekenan sangat dengan corak bunga rosnya . First time tengok teko ni terus saya pegang dan tak mau lepas-lepas dah hehehe . Saya beli teko ni dengan abg Kairol yang masa tu pun baru mula berniaga di Amcorp Mall . Bila saya dah dok selalu mentelaah ilmu di blog otai baru la saya tau rupa-rupanya nama bunga ros ni ialah twin roses .

Bila dah dapat tekonya mula la saya teringin nak mencari barang-barang yang lain pula macam piring dan set cawannya pulak , sugar pot twin roses yang cun melecun ni saya beli dari abang Din dan sikit demi sedikit saya dapat kumpul piring dan pinggannya . Lama juga saya ambil masa nak dapat koleksi sebanyak ni dan saya mencari di merata tempat ada di apek dan semestinya di Amcorp Mall la .

Tapi bila bab nak cari cawannya bukanlah senang , nasib la kak Shas laling sudi nak berbarter 4 pasang cawan ni . Buat kak Shas laling terima kasih banyak-banyak sangat saya memang happy masa dapat set cawan bunga twin roses ni dan saya dapat pula cawan bentuk mulut lebar uuuu...cun sesangat...

Set cawan mini twin roses yang comei lotey ni pun saya baru dapat juga dan akhir sekali Sabtu lepas saya dapat 2 biji oval plater yang cute ni . Syukur la walaupun saya tak dapat oval platers yang besar yang kecil ni pun dah cukup cantik pada saya .

My sweet twin roses





Big mama with her girls hehehe...

MINI TWIN ROSES


My mini twin roses set


Cawan mini




Teko mini

TWIN ROSES


Hari ni entry saya pun simple saja sebab saya tak sempat nak susun-susun semua koleksi twin roses yang saya ada , koleksi ada la sikit . Nanti la besok atau lusa saya masukkan entry semua koleksi cawan dan teko serta piring twin roses saya ya.

Dalam semua-semua jenis corak roses yang pernah saya tengok corak twin roses juga la menjadi pojaan hati ku ini , bunga ros yang mekar warna pink dalam pelbagai tone memang sweet dan romantik sangat .


Piring dan set cawan mini twin roses

p/s . teringat pulak kat filem P.Ramlee " Seniman Bujang Lapok" bila guna ayat pojaan hatiku ni hehehehe , best sangat sebab sekarang ni kat Astro selalu boleh tengok pelem P.Ramlee . Memang la semua pelem P.Ramlee peberet saya dan keluarga , dulu anak saya Adlina panggil P.Ramlee dengan panggilan Abang Ramlee hehehe...