Selasa, 29 Mac 2011

Bunga ros kobis segar mekar..

Sampai la pula giliran untuk bunga kobis muncul di blog saya ni . Selama ni saya simpan je koleksi kesayangan saya ni tapi bila saya dah dapat tureen bunga kobis ni baru la lengkap koleksi saya ni dan boleh la saya buat sesi foto shoot untuk saya simpan gambar koleksi cabbage ros dalam blog saya ni . Memang dari dulu cabbage rose ni antara corak pml yang menjadi pojaan saya cuma dulu saya tau bukan senang nak dapat kumpul set cawannya tapi mungkin dah rezeki saya dapat juga kumpul set cawannya walaupun tak cukup 6 pasang . Baru-baru ni saya dapat pula tureen ros kobis makin bertambah la koleksi kesayangan saya ni.

Koleksi bunga kobis yang saya dapat kumpul setakat ni beberapa keping piring yang saya dapat dari mak mertua kemudian saya dapat pula teko dengan set cawan dan yang terbaru tureen bersaiz 11.5 inci lebar dan tingginya 3.5 in .


Cantik corak bunga ros kobis ni...

2 pasang cawan..


Tureen ni cukup besar dan keadaan tureen ni sangat cantik . Saya ni tak banyak koleksi tureen so bila dapat tureen ni memang suka sangat la .

Tureen corak bunga ros kobis ni , tak jemu dipandang dan dibelek...


N3 simple saja dari saya kali ni..

byeee..

Isnin, 28 Mac 2011

Bunga bakul biru..

Assalamualaikum di petang Isnin..
Hari ni saya buat n3 baru lagi..
Sebab hari ni saya berkemas semua koleksi pml..
So saya ambil peluang la buat sesi fotografi jap..
N3 ringkas je ni..

Set bunga bakul warna baby blue ni adalah koleksi terbaru saya dapat kumpul set cawan dan tekonya .Bila dah digandingkan bersama baru la terserlah kecantikkan set corak bunga bakul yang simple ni walaupun simple tapi ada manisnya tambahan pula warna baby blue memang warna favorite saya .

Teko Mrs.Pot..
Warna teko putih bersih dengan gold rim yang berkilat cantik dan corak geometri berlatar belakangkan warna baby blue memang gabungan yang sweet sangatkan...

Corak simple tapi menawan..cantikkan..

Set cawan yang datang jauh dari Kelantan.

Sudu dan senduk hadiah dari kak Shima , terima kasih banyak-banyak kak Shima . Senyum lebar saya masa buka bungkusan hadiah dari kak Shima dan memang sesuai serta cantik benar bila sudu ni dah disusun atur dengan set cawan dan teko Mrs. Pot ni...

Teko mini ni dah lama saya dapat masa mula-mula hunting di kedai apek bisu Jalan Pasar , cute je...
Ok sampai sini dulu
Byeeeeeeeeeee.....

Ahad, 27 Mac 2011

Pelita kesayangan

Saya ni ada la juga kumpul pelita tapi tak la banyak sangat . Saya mula kumpul pelita bila dapat hadiah dari kawan-kawan sehobi , bila dah dapat 4-5 biji mula la minat nak kumpul pelita bercambah tambahan lagi bila hunting saya dapat juga beli pelita new old stock lagi la suka . Makin lama makin banyak koleksi pelita saya dan makin banyak ilmu tentang pelita (boleh laaa)...

Petang ni saya nak kongsi beberap biji pelita saya yang sangat saya sayang . Macam pelita dalam n3 kali ni saya beli dari kedai kak Nah di Selinsing , Kelantan . Actually masa jumpa pelita ni saya tengah cari pml lain last-last pelita cute miut ni yang saya jumpa. Masa saya pegang pelita ni macam 'tak percaya je' sebab selama saya jalan-jalan masuk blog peminat pelita atau masa di Amcorp pun saya tak pernah jumpa pelita jenis macam ni .Nasib la kak Nah nak jual pelita ni sebabnya kak Nah ni pun pemgumpul tegar pml dan dia pun kumpul pelita yang 'rare' gak . Harga pelita ni RM25 dan pada saya tu kira murah la sebab kalau pelita 'rare' kat Amcorp selalunya harganya mahal . Harap-harap lepas ni saya dapat jumpa lagi pelita yang rare dan cun macam pelita ni..

Suka pada bentuk keseluruhan pelita ni sangat unik dan cantik . Masa jumpa pelita ni saya happy sangat . Nanti la saya kongsi lagi hasil hunting saya masa di Kelantan....

Cantik..

Karat so dah lama pelita ni..

bulat dan comel..

Kaki pelita yang cute comel je..macam glass slipper la pulak rupanya (imaginasi saya pengaruh cerita fairy tales masa kecil dulu - Cinderella heee)...

Deretan pelita kesayangan yang saya jumpa masa hunting dengan harga murah suka..suka..

Khamis, 24 Mac 2011

Set comel Sunshine

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak share koleksi terbaru saya iaitu set cawan sunshine 6 pasang yang baru saya dapat dari Amcorp . Semua 6 pasang cawan ni saya beli dengan harga RM40 sahaja , murahkan saya pun banyak kali tanya pada tokeh meja tu sebab macam tak percaya je . Rupa-rupanya tokeh bagi tau dia jual murah sebab 3 biji cawannya ada stain yang agak teruk , saya tengok memang kotor juga 3 biji cawannya tapi saya beli je . So bila balik rumah saya rendam 3 biji cawan tu dalam clorox selama 4 hari dah pagi tadi baru saya basuh . Alhamdulillah keluar stain kat cawan ni dan dah molek benar rupa set cawan sunshine saya ni . Hajat dihati nak cari tekonya insyallah mudah-mudahan ada la rezeki saya . Set sunshine ni simple saja tanpa apa corak bunga hanya jalur warna hijau dan silver menjadi hiasan tapi di mata saya ni corak yang simple ni tetap menawan dan cantik..

6 pasang cawan comel yang tak pernah saya jangka dapat saya miliki dengan harga yang murah , memang kena selalu ke Amcorp sebab-sebab macam-macam ada . Dah banyak kali juga saya dapat pml dalam keadaan elok dengan harga yang murah dari Amcorp.

Walaupun direndam dengan clorox rim silver keliling bibir cawan dan ditengah piring tetap elok tak luntur memang berkualiti pml yang dah berpuluh tahun dihasilkan ni..

Cop bawah cawan..

Lepas dah dibasuh bersih dan lepas habis sesi posing diambil gambar , semua set cawan-cawan sunshine ni saya susun dalam almari display...

Rabu, 9 Mac 2011

KEDAI NANNIE

Jom singgah kedai online saya , ada banyak teko baru untuk dijual..klik sini KEDAI NANNIE

SOLD
Teko alladdin corak bunga ros hitam untuk dijual , ada bunga di penutup..