Ahad, 27 Mac 2011

Pelita kesayangan

Saya ni ada la juga kumpul pelita tapi tak la banyak sangat . Saya mula kumpul pelita bila dapat hadiah dari kawan-kawan sehobi , bila dah dapat 4-5 biji mula la minat nak kumpul pelita bercambah tambahan lagi bila hunting saya dapat juga beli pelita new old stock lagi la suka . Makin lama makin banyak koleksi pelita saya dan makin banyak ilmu tentang pelita (boleh laaa)...

Petang ni saya nak kongsi beberap biji pelita saya yang sangat saya sayang . Macam pelita dalam n3 kali ni saya beli dari kedai kak Nah di Selinsing , Kelantan . Actually masa jumpa pelita ni saya tengah cari pml lain last-last pelita cute miut ni yang saya jumpa. Masa saya pegang pelita ni macam 'tak percaya je' sebab selama saya jalan-jalan masuk blog peminat pelita atau masa di Amcorp pun saya tak pernah jumpa pelita jenis macam ni .Nasib la kak Nah nak jual pelita ni sebabnya kak Nah ni pun pemgumpul tegar pml dan dia pun kumpul pelita yang 'rare' gak . Harga pelita ni RM25 dan pada saya tu kira murah la sebab kalau pelita 'rare' kat Amcorp selalunya harganya mahal . Harap-harap lepas ni saya dapat jumpa lagi pelita yang rare dan cun macam pelita ni..

Suka pada bentuk keseluruhan pelita ni sangat unik dan cantik . Masa jumpa pelita ni saya happy sangat . Nanti la saya kongsi lagi hasil hunting saya masa di Kelantan....

Cantik..

Karat so dah lama pelita ni..

bulat dan comel..

Kaki pelita yang cute comel je..macam glass slipper la pulak rupanya (imaginasi saya pengaruh cerita fairy tales masa kecil dulu - Cinderella heee)...

Deretan pelita kesayangan yang saya jumpa masa hunting dengan harga murah suka..suka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..