Memaparkan catatan dengan label kangkung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kangkung. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

Teko cinonet corak kangkung

Dah lama saya simpan teko ni tapi disebabkan kecuaian sendiri masa menyimpannya dulu so teko cute ni dah missing in action untuk tempoh yang sangat lama tapi nasib baik la baru-baru ni saya dapat jumpa balik teko ni , syukur alhamdulillah . Teko ni saya simpan semenjak dari tahun 1999 dan teko ni saya ambil dari rumah saya sendiri di kampung lepas saya minta dari mak saya la . Dulu saya nak simpan teko ni bukan sebab saya minat nak kumpul pml tapi sebab teko ni ada sentimental value yang tersendiri pada saya serta kenangan yang saya akan ingat sampai ke akhir hayat saya ni . Bila saya mula minat kumpul pml pada tahun 2009 baru la saya teringat balik pada teko cute bunga kangkung ni so saya pun mula la cari tapi saya lupa di mana saya simpan sebab dah lama sangat . Lepas cari dan terus mencari selongkar sana sini akhirnya saya jumpa juga dalam stor dan syukur alhamdulillah teko ni masih dalam keadaan yang baik dan cantik . So sekarang teko cute ni dah selamat berkumpul dengan koleksi kangkung saya yang lain....happynya..

Di sebab kan dah lama sangat saya simpan teko ni saya lupa macam mana la rupa bentuk teko kangkung ni yang saya cuma ingat teko ni ialah teko mini . So masa jumpa balik bungkusan teko ni saya ingat teko ni mesti bentuk biasa tapi bila buka kertas pembalutnya waaaaaaaaaa..terkejut akak memang terkezuztt oooo tak ku sangka bentuk teko ni lain dari yang lain teko ni tersangat la cutenya dan termasuk dalam bentuk teko yang 'rare' . So apa lagi memang saya happy sangat la masa tu , there n then saya terus call mak saya dan kongsi kegembiraan saya ni....' Mak , mak ingat dak dekat teko kecik kangkung yang dulu mak guna untuk.....' dan saya terus bersembang dengan mak saya tentang teko yang menyimpan seribu kenangan ni ......

Dari info yang saya dapat tau dari teman sehobi katanya corak bunga kangkung dengan dendalu pink adalah yang paling lama .


Perbandingan saiz teko dengan cawan bujang , teko cute ni memang kecil je . Alhamdulillah lepas lama mencari akhirnya teko yang sangat banyak menyimpan kenangan ni saya jumpa kembali . Kalau dah memang ada bahagian untuk saya tak ke mana perginya...itu je la yang selalu saya ingat dan 'pegang' semenjak dari awal saya terjebak dengan hobi kumpul pml lama ni .

Cop lama...

Kenangan abadi...

Sabtu, 9 April 2011

Mug kangkung

Hari ni edisi n3 awal pagi sebelum sesi hunting bermula
Moga hari ni saya dapat hasil hunting yang lumayan..
Tapi sebelum tu saya nak share koleksi kangkung ni dulu ya..

Bunga kangkung memang corak favorite kiranya macam corak wajib dalam koleksi pml . Saya masa mula-mula nak kumpul pml dulu pun ingatkan nak kumpul kangkung je tapi bila dah tengok yang lain tak leh tahan tergugat iman akak ni sebab semuanya cantik-cantik . Tapi macam mana pun bunga kangkung ni tetap menjadi pojaan hatiku everlasting beauty laa...

Al kisah mug 2 biji ni sangat bermakna buat saya sebab hasil hunting masa kunjungan kali ke 2 ke kedai apek favorite suatu masa dulu kedai apek bisu di Jalan Pasar . Apek bisu memang tak lokek barang tiap kali saya pegi kedai , dia mesti bawa turun barang dari stor macam la 2 mug kangkung yang saya dapat dengan harga RM5 sebiji ni . Apek ni bisu tapi dia boleh mendengar so saya cakap dengan dia macam biasa atau guna bahasa isyarat dengan jari nak berkomunikasi dan apek balas dengan bahasa isyarat , tulis atau lukis benda yang dia ada . Bila dia lukis je mug saya dah seronok cuma saya tak tau bunga apa sebab lukisan bunga apek tu tak macam bunga kangkung so saya tunggu penuh debar . Apek naik atas stor dan bawa turun 2 biji mug yang memang saya nak sangat 'mug kangkung laaa' . Masa nampak apek pegang mug kangkung 2 biji ni saya rasa macam nak melompat pun ada juga hehehe kenangan mula-mula hunting la katakan mesti la terlebih excited sangat . Kenangan lama tingal memori je seronok cari barang di kedai apek bisu tapi sekarang ni kalau pegi kedai apek bisu dah tak de apa dah ielek , finish , boliow , licinnnnnnn....

Masa hunting minggu lepas saya dapat 3 tutup mug kangkung ada bunga kat kedai apek juga tapi ni kedai apek baru 'lubuk baru laaaa' . Masa dapat bestnyaaa dan bila balik je terus basuh bersih sebab tutup mug ni kotor sangat penuh debu tanah/selut sebab cerita apek tu semua barang-barang yang dia jual ni dulu pernah tenggelam dalam banjir . So dia kutip je dan simpan tanpa dia basuh dulu penutup mug ni . Saya dapat 3 biji tutup mug kangkung ada bunga ni suka suka..

Mug kangkung dah pakai topi baru aleee munge laaa..

Ni pula gambar mug dengan tutup lama

Bila dah ada yang baru tutup mug yang lama ni saya simpan boleh gak guna kalau ada mug yang tak ada penutup kan . Emmmm apa nak cerita lagi ya rasanya tu je la ok la sampai sini dulu ya insyallah besok saya buat n3 baru lagi...

Tata...jom kita gi hunting...

Rabu, 28 Julai 2010

PINGGAN MANGKUK KANGKUNG


Leganya bila saya dah dapat ambil gambar koleksi pinggan mangkuk kangkung ni . Kerja penat sebenarnya nak ambil gambar-gambar ni ya la nak bawa keluar dari kabinet lepas tu nak susun posing lepas tu bila dah habis sesi bergambar nak kena susun balik aduihhh ponat makcik ni hehe tapi seronok pula bila dah dikumpul banyak-banyak macam ni dan dalam masa sama sempat saya pikir macam mana la kalau pindah huih....banyaknya pinggan mangkuk aku ni mau kena sewa lori saiz A yang bosar tu ponat lagi la...

So ni la koleksi bunga kangkung yang serba sikit yang saya dapat kumpul cuma ada koleksi piring saiz 7 inci yang saya lupa nak bawa keluar dan bila dah selesai sesi fotografi ni baru teringat so nampak gayanya lain kali je la di ambil gambar .


Koleksi pinggan dan mangkuk corak bunga kangkung..


Pinggan makan dan lauk yang saya dapat dari stor mertua , mak memang beli banyak sebab selalu di guna untuk kenduri-kendara atau diguna masa kami sekeluarga balik berkumpul dengan keluarga adik-beradik suami saya yang lain .


Mangkuk bujur yang saya dapat di Amcorp Mall dengan harga RM15 sebiji murah sangatkan..



Lagi gambar koleksi piring , mangkuk besar , mangkuk berbiku-biku . So ni la koleksi pinggan mangkuk kangkung saya , kalau jumpa lagi pinggan atau mangkuk yang saya tak de dan harganya murah saya beli la....

Selasa, 27 Julai 2010

OVAL PLATER KANGKUNG


Salam , malam ni saya sambung lagi n3 dengan corak bunga kangkung . Saya nak update koleksi kangkung dalam blog saya ni dengan barang-barang baru yang saya dapat kumpul dari awal tahun ni .

Saya dapat kumpul 4 saiz oval plater dan semuanya dari apek . Oval plater masih senang nak dapat dari apek , selama saya hunting saya hanya pernah jumpa platers kangkung dan bunga lalang saja corak lain tak pernah so kebanyak pinggan bujur corak bunga lain saya beli di Amcorp.

Sekarang ni semenjak dah tak hunting di kedai apek saya banyak cari idaman hati ni di Amcorp saja . Ikut nasib juga sebab tiap-tiap minggu ada saja barang baru so banyak juga pilihan . Selalunya saya dah target nak cari apa kalau tak ada saya tak beli so hanya cuci mata sambil jalan-jalan hujung minggu . Kadang-kadang saya dapat barang yang saya tak jangka memang seronok la...

Pinggan bujur kangkung pelbagai saiz ada yang saya dapat sekeping saja dan ada juga yang saya beli sedozen tapi dah habis saya jual dan saya simpan 2 keping untuk koleksi sendiri .


Oval platers 16 inci ni saya dapat sebiji je dari kedai apek , apek bagi tau dia jumpa 3 biji tapi masa saya pegi tu dah tinggal sebiji nasib la saya dapat dan harganya sangat la berbaloi sebab kalau nak beli kat Amcorp mahal juga ni . Pinggan bujur ni memang berat dan cop lama , saya nak guna la untuk open house raya nanti kalau isi ketupat palas atau lemang memang sesuai sangat ni .



Oval plater pelbagai saiz...

Rabu, 21 Julai 2010

TUREEN KANGKUNG


Hari ni pun saya kongsi koleksi bunga kangkung lagi dan kali ni koleksi tureen saya yang 2 biji ni pula . Tureen yang tinggi sikit sebelah kanan tu saya dapat dari stor mak mertua dan tureen sebelah kiri tu baru saya dapat bulan sudah . Ukuran kedua-duanya lebih kurang sama dalam 8 inci dan cop bawah mangkuk memang jenis lama warna merah .
Lepas ni kalau saya terjumpa tureen bunga kangkung yang berbentuk bujur atau yang ada tangkai best juga ya tapi kena tunggu aje la...kalau jumpa dan harga pun ok boleh la saya beli tapi kalau harganya di luar bajet dapat cuci mata pun jadi la..

Tureen terbaru dalam koleksi bunga kangkung saya , masa mula dapat kotor dan bila balik rumah saya rendam dalam klorox kejap lepas tu cuci bersih haaaa baru la terserlah lawanya..

Corak bunga kangkung jenis lama , buat masa ni saya belum pernah guna lagi tureen-tureen ni takut pecah la tapi insyallah saya akan guna juga untuk isi lauk-pauk .

Tureen yang ni saya dah buat n3 tahun sudah lepas saya dapat cari dari stor di kampung mertua . Sebelum minat kumpul pinggan mangkuk antik ni saya tak pernah berminat pun nak cari benda dalam stor pinggan mak mertua saya tu rupa-rupanya macam-macam ade....

Seronok ya amat masa saya baru dapat tureen ni sebab sebelum tu saya selalu pegi blog otai-otai negok koleksi tureen kangkung mereka yang devoom dan malatop lawa bebenor . Alhamdulillah mak mertua pun dah tak pakai tureen ni dan dia bagi je kat saya . Jimat belanja saya dan tureen ni pun kira macam harta pusaka sebab mak mertua yang bagi , terima kasih ya mak .

Tu je la n3 untuk hari ni , besok atau lusa atau tulat saya sambung lagi ya... ada lagi ni...

Selasa, 20 Julai 2010

KANGKUNG KU SAYANG...


Salam semua , malam ni baru saya dapat buat n3 dan saya pilih koleksi corak bunga kangkung lagi la . Corak bunga ni memang antara kesayangan saya dan banyak nostalgia buat diri saya sebab masa kecil dulu arwah mak saya banyak guna set corak bunga ni..

Dah lama juga kan saya tak buat n3 tentang koleksi kangkung masa di blog Nannie`s Passion dulu dan dalam tempoh tu ada la penambahan dalam koleksi kangkung saya ni serba sikit . Sepanjang tempoh rehat tu saya ada jumpa beberapa bentuk teko yang unik dan rare macam bentuk teko bersegi-segi 8 petak yang harganya adoihh..tak mampu den nak milikinya so ku lepaskan saja la dan saya ada juga jumpa bentuk teko macam tempayan bawah slim atas debab pun terpaksa saya lepaskan juga sebab harganya yang wow...wow.. Begitu la al kisahnya saya kena tepuk dada tanya la selera lepas tu kena check purse juga kalau cukup bajet baru la beli . Kalau tak beli dapat cuci mata pun jadi la kan.....


Teko aladdin kesayangan...


Dulu saya ada 4 biji cawan kangkung ml ni dan sekarang ni saya dapat la kumpul bagi cukup set dan ada xtra sebiji buat spare part mana la tau kalau pecah sebiji ada la pengantinya . Corak bunga dan warna pada cawan-cawan ml ni tak sama sebab saya dapat beli dari merata tempat dan sumber biasa la tu kalau dah hunting pun merata kedai juga kan . Kat kedai ni jumpa 2 set pi kedai yang sana pula jumpa lagi 3 set dan beli online jumpa lagi . Tak kisah la walaupun warna lain yang penting coraknya sama macam tu la kan kita adik-beradik pun rupa mesti lain-lain tapi masih ada iras yang sama hehehe


Bekas telur yang tak ada rim gold tu saya baru jee beli kat Amcorp bulan sudah kat sorang pakcik ni , masa mula tanya tu saya suspen juga nak dengar harganya tapi bila pakcik tu sebut je "lua linggit" tersenyum lebar je saya dan saya cakap pada diri sendiri ishhhh....awat la ada sebiji ja kalau ada 20 biji kan baguih hehehe tapi dapat sebiji pun dah best dah kan...

Bunga kangkung ni memang tak pernah jemu di pandang dan kalau kena gaya dengan harga yang berpatutan rasanya saya nak tambah lagi koleksi....

TEKO KANGKUNG


Sambung lagi cerita kangkung ku ni...

2 teko kangkung bentuk sama cuma yang beza hanya la pada warna dan saiz corak bunga kangkungnya . Selalunya kalau ada 2 bentuk teko yang sama saya akan jual salah satunya tapi kali ni saya bekenan pada kedua-duanya sekali so saya simpan la . Kalau ikutkan pada keinginan diri ni macam-macam bentuk teko saya nak kumpul tapi saya rasa buat masa ni cukup la dulu dengan koleksi yang saya dah ada ni =)


Teko kangkung pemegang tiga segi , saya bekenan pada kombinasi serta ton warna pada bunga dan daunnya serta saiz bunganya yang besar cantikkan tak jemu dipandang......


Teko kangkung ni yang mula-mula sekali saya beli masa mula kumpul teko kangkung . Cop bawah teko ni memang jenis lama dan warna hijau pada bunganya serta daun lebih gelap dengan saiz bunga yang lebih kecil dari jenis yang atas tu , everlasting beauty...



Ini pun teko kangkung kesayangan yang baru dalam koleksi saya dan saya dapat selepas barter dengan Ezany , thanks ya dik . Saya cukup bekenan pada bentuk serta saiznya yang comel debab ni walaupun bukan penutup asal tapi akak tak kisah janji ada....

Ok la tu je n3 saya yang serba ringkas untuk kali ni nanti kalau ada kelapangan lagi saya akan masukkan lagi koleksi terbaru dari corak bunga kangkung ni lagi...bye..

Khamis, 1 Julai 2010

SET KANGKUNG

Masa mula sampai di ML saya memang tak ada plan nak cari cawan corak bunga apa-apa pun . Apa yang saya nampak dan bekenan serta kena harga yang ok saya akan beli . Masa dok berjalan di ML tu saya nampak set cawan bunga kangkung ni yang elok je tersusun kat besi penyangkut cawan macam dalam gambar ni la . Tapi set cawan ni memang kotor dan berdebu habuk tebal . Kotor pun saya dah tak kisah memang happy benar saya dapat beli set ni dan dengan penyangkut besinya saya borong sekali .

Bila saya jalan ke depan sikit saya jumpa pula teko kangkung bunga besar ni . Buka jee penutup dan saya tengok dalam teko punya la kotor berkerak kuning coklat kesan kopi atau teh . Lepas tu saya tengok kat momtotnya memang cop lama dan harganya murah pulak tu . Saya beli teko ni dan balik rumah terus ku tuang clorox dalam teko ni dan saya biar satu malam . Besok paginya bila buka je penutup teko saya tengok teko ni bersih sangat macam baru beli waaaaa bestnya...

So , lepas dibasuh bersih rupa teko ni dah jadi macam teko yang baru dibeli fresh from apek pula dah hehehe , sudu kangkung cop lama juga ni saya dapat beli di Kampar dan juga di ML .



Bentuk cawan kangkung macam ni saya dah ada 5 biji tapi piring ada 2 biji saja . So sekarang ni bertambah la koleksi cawan kangkung bentuk bulat saya ni :)

TEKO & ASHTRAY KANGKUNG


Semua barang-barang baru saya ni adalah hasil hunting masa saya ke Ipoh dan Taiping .

Hasil hunting yang pertama saya adalah ashtray corak bunga kangkung ini yang saya dapat di apek Taiping . Masa mula sampai di kedai apek tu tak banyak barang yang saya jumpa masuk stor kedai apek ni pun dah tak ada barang .

Anak apek bagi tau ramai dah orang datang ke kedai dia dan beli pinggan mangkuk corak lama ni . So nampak gaya tak ada rezeki saya kat kedai apek ni tapi saya cari juga dan saya dapat ashtray kangkung ni . Memang rezeki saya juga la dapat ashtray ni dan beberapa barang lain jadi la tak sia-sia la saya turun sampai ke Taiping kali ni..

Ashtray kangkung ni saya dapat di kedai apek Taiping tu dan saya bagi hadiah sebagai tanda persahabatan kepada Yatt , Ezany , kak Saidah , Kak Shas dan yang selebihnya saya simpan buat diri sendiri .


Teko alladin corak bunga kangkung tu pun baru tapi saya beli di tempat lain bukan di Taiping tapi saja je saya letak sekali dengan ashtray ni bagi posing sekali la meriah sikit .

KANGKUNG


Selamat pagi untuk semua pengunjung blog saya ni , semenjak saya mula kumpul cawan corak lama ni dah banyak jenis dan bentuk cawan yang dah saya jumpa dan tengok(tengok je cuci mata hehehe) . Saya ada la kumpul beberapa jenis bentuk cawan dari corak bunga kangkung ni . Ada yang saya dapat kumpul satu set(6 biji) atau ada yang sepasang saja . So , kat dalam enrty ni saya kongsi bersama koleksi pelbagai bentuk cawan corak bunga kangkung yang saya ada....
Cawan ada tapak tinggi elegant gitu macam pakai kasut tumit tinggi , ni saya ada sepasang je..


Ini pulak jenis apa saya tak tau tapi cawan dan piringnya ada corak berjalur-jalur macam rim tayar pulak , cantik dan unik sangat kalau la dapat satu set best ni tapi saya ada sepasang saja ok la...


Ini pulak bentuk mulut lebar , bentuknya elegant juga dan antara bentuk cawan favorite saya tak kira corak bunga apa pun...

SET KANGKUNG


Selamat pagi pada semua pengunjung , saya sambung lagi entry kali ni dengan set corak bunga kangkung saya lagi . Kali ni jenis teko biasa dengan set cawan tirus atau "A" shape , set cawan ni adalah antara koleksi saya yang paling awal saya dapat kumpul . Sementara teko corak bunga kangkung yang besar ni saya baru beli , saya gabungkan saja set cawan dan teko ni dengan 2 jenis saiz piring . Semua set saya ni saya beli dari merata tempat dan bukannya dari satu batch yang sama tapi bila dah dikumpul dan disusun bersama jadi cantik pulak tu....ok la kan .


Bunga kangkung yang menjadi corak everlasting serta favorite pengumpul pinggan mangkuk corak lama , bunga kangkung kat teko ni memang besar .



Cawan betuk tirus/ramping atau "A" shape , elegant saja.

ok , tu je la untuk entry saya hari ni , bye-bye.

BUNGA KANGKUNG

^_^
Selamat pagi saya ucapkan pada semua pengunjung...
Rise and shine...
Apa kabar semua pengunjung dan kawan-kawan sealiran yang sudi bertandang ke blog saya pada pagi yang nan indah ini . Dah bersarapan ? masak apa untuk sarapan atau pegi bersarapan di mana pagi Ahad ni......
Pagi ni saya nak share koleksi corak bunga kangkung yang memang menjadi kegemaran pengumpul pinggan-mangkuk corak lama ni . Kumpul sikit-sikit dan sekarang ni saya ingat dah boleh buat episod enrty bunga kangkung pulak la . Kawan-kawan sealiran yang lain dah ramai berkongsi cerita dengan koleksi kangkung masing-masing . So , pagi ni start la entry pertama saya....
Teko alladdin dengan set cawan mulut lebar 4 sekawan..



Cawan mulut lebar saya ni semuanya bukan dari satu batch yang sama , semuanya berbeza dari segi warna bunga dan saiz cawan/piringnya . Saya memang lama sangat teringin nak ada cawan kangkung mulut lebar ni ...akhirnya dapat juga kumpul . Ok la saya berenti sampai sini dulu , besok saya masukkan lagi entry sambungan koleksi bunga kangkung ni ...bye bye..

MUG BERTUTUP BUNGA KANGKUNG


Koleksi terbaru corak bunga kangkung saya , ingatkan nak buat n3 semua koleksi bunga kangkung yang saya ada tapi rasa malas pulak nak ambil keluar dari lemari dan nak simpan pulak nanti . Lain kali la saya buat full collection entry. Kali ni saya buat n3 tentang 2 biji mug bertutup ni je la dulu . Saya first time jumpa mug bunga kangkung ni , cantikkan . Sebiji mug ni slim dan yang sebiji lagi gumuks macam tuannye la juga hehehhee....


Bunga kangkung pink

bunga kangkung meroon

Ahad, 20 Jun 2010

KOLEKSI PIRING TERAWAL

Piring leper dahlia
Makin ditenung lama-lama makin bekenan saya pada semua piring-piring yang saya tengok di blog-blog mereka yang banyak kumpul pinggan mangkuk lama ni.
Saya pun dah mula suka , nilai estetika pada setiap perincian corak bunga , bentuk , rupa , lekuk piring memang cantik . Barang yang lama macam ni memang mengusik jiwa sebab ada nostalgia yang tersimpan dalam ingatan saya sampai bila-bila...

Mak saya ada koleksi pinggan mangkuk bunga kangkung ni masa kami tinggal di Jitra dan Sungai Petani dulu tapi bila dah pindah semua entah ke mana......saya nak cari lagi koleksi piring corak bunga kangkung ni tapi saiz yang besar sikit . Saya tak dapat nak kumpul set yang lengkap lagi kena slow-slow cari ni dan sekarang ni saya hanya nak kumpul piring dulu dengan corak bunga yang berbeza-beza saja.


Piring bunga dahlia lagi tapi berbeza sikit dari corak piring bunga dahlia pada gambar yang atas sekali .


Piring bunga peonies , pinggan mangkuk corak bunga ni pun mak saya ada dulu ..