Rabu, 28 Julai 2010

PINGGAN MANGKUK KANGKUNG


Leganya bila saya dah dapat ambil gambar koleksi pinggan mangkuk kangkung ni . Kerja penat sebenarnya nak ambil gambar-gambar ni ya la nak bawa keluar dari kabinet lepas tu nak susun posing lepas tu bila dah habis sesi bergambar nak kena susun balik aduihhh ponat makcik ni hehe tapi seronok pula bila dah dikumpul banyak-banyak macam ni dan dalam masa sama sempat saya pikir macam mana la kalau pindah huih....banyaknya pinggan mangkuk aku ni mau kena sewa lori saiz A yang bosar tu ponat lagi la...

So ni la koleksi bunga kangkung yang serba sikit yang saya dapat kumpul cuma ada koleksi piring saiz 7 inci yang saya lupa nak bawa keluar dan bila dah selesai sesi fotografi ni baru teringat so nampak gayanya lain kali je la di ambil gambar .


Koleksi pinggan dan mangkuk corak bunga kangkung..


Pinggan makan dan lauk yang saya dapat dari stor mertua , mak memang beli banyak sebab selalu di guna untuk kenduri-kendara atau diguna masa kami sekeluarga balik berkumpul dengan keluarga adik-beradik suami saya yang lain .


Mangkuk bujur yang saya dapat di Amcorp Mall dengan harga RM15 sebiji murah sangatkan..



Lagi gambar koleksi piring , mangkuk besar , mangkuk berbiku-biku . So ni la koleksi pinggan mangkuk kangkung saya , kalau jumpa lagi pinggan atau mangkuk yang saya tak de dan harganya murah saya beli la....

3 ulasan:

  1. salam nanie..memang betullah bila part nak keluarkan pggn mangkuk ni memanglah menyeksakan..Bila teringat niat kita nak share ilmu dgn kwn2 (bukan menunjuk)hati jadi lembut & tenaga kita digagahkan juga. Koleksi nanie memang montop..congrate..

    BalasPadam
  2. wlksalam Bro Shariff,
    hehehe tu la part yg penat bila nk keluarkan pinggan mangkuk utk ditangkap gambar . Ye la saya pun sama pendapat dgn bro tujuan saya pamerkan segala hasil koleksi saya ni hanya untuk suka-suka berkongsi koleksi dengan kawan2 sealiran dan langsung niat nk menunjuk2 , apa la sangat koleksi saya ni kalau nk menunjuk pn ada ramai lagi collector yg koleksi mereka lagi mantop .

    Terima kasih bro setakat ni saya puas hati dan gembira dgn koleksi saya ada ni

    BalasPadam
  3. salam akak...

    terlopong mulut saya melihat blog akak ni...menarik sungguh...keep it up..sy akan terus mengikuti...

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..