Khamis, 30 Disember 2010

Ros putih n pink yang sweet..

Gabungan 2 kuntum bunga ros putih dan pink yang sangat sweet dan menawan . Memang tak jemu saya tenung corak bunga ros ni hmmmm cantik sangat . Masa sesi foto pun saya masih tak habis-habis belek dan tenung corak bunga ros sebab memang sweeeet sangat....
Bulan Disember ni baru ibu teko dapat berjumpa dengan anak-anaknya , saya happy la dan 4 pasang cawan ni saya dapat hasil barter dengan k shima . Kami dating hari Ahad sudah di Amcorp , thanks kak Shima....lap u muahhksss....
Balik rumah terus saya susun dalam almari set cawan dengan ibu tekonya lepas tu saya cari sudu dari corak yang sama yang dah lama saya simpan waaaaa memang cantik bila dah disusun bersama . Saya ada jumpa pinggan makannya dulu tapi tak beli sebab saya lebih prefer nak cari piring sebab mudah nak di display dan disimpan nanti..

Sweet roses ,hmmm i like very-very much...

Suka suka sukaaaa la...

Menyerlah sangatkan corak ros ni memang padan dengan warna latar putih bersih....Saya banyak juga dah dapat kumpul set corak bunga-bungaan tapi saya rasa corak bunga ni special sikit la cantiknya lain macam la elegant gitu...

Teko putih bersih..hmmm sweetnya corak bunga ros ni..

Set cawan comel dengan sudu sepadan....

Ok sampai sini dulu ya..
Nanti kalau ada kelapangan saya masukkan n3 baru lagi
Byeeeeeeee....happy hunting PML...

Isnin, 27 Disember 2010

Meakin Resemblance

Salam pagi Isnin..
Tajuk n3 pagi ni saya pinjam dari n3 blog Yatt laa hehehe , ok la kan susah gak saya fikir apa ayat yang sesuai sebagai tajuk ni sebab set saya ni dari Jepun tapi macam Meakin..
Selalu singgah di blog kawan-kawan yang ada koleksi meakin dan saya memang dah lama nak dapatkan set Meakin berbunga Sunshine tapi sampai sekarang tak dapat lagi . So bila saya dapat kumpul set ala Meakin ni pun saya dah puas hati dan happy sangat . Buat masa ni saya dah dapat kumpulkan Teko dengan 2 pasang cawan walaupun semuanya datang dari sumber yang tak sama dan dari negeri yang berbeza akhirnya berkumpul dalam almari hiasan di rumah saya ni . Insyallah saya nak dapatkan lagi 4 pasang cawan serta sugar pot/creamer serta sedikit piring bagi nak lengkapkan koleksi saya ni...

My precious..tiap-tiap hari mesti nak tengok....


Teko debab idaman dah ada depan mata...


Corak bunga pada penutup..


Cawan dan piring yang saya jumpa di tempat yang berbeza..

Sampai disini dulu bila dah lengkap koleksi ni saya akan buat n3 lagi..bye..

Hari Ahad di Amcorp..

Hampir tiap-tiap pagi Ahad saya akan ke Amcorp dan dah 1 tahun setengah memang jadi rutin kami sekeluarga habiskan waktu pagi dan tengahari kami di sana . Lokasi rumah kami dengan Amcorp yang sangat dekat mungkin menjadi salah satu faktor kenapa kami gemar ke sana . Keadaan dalam kompleks yang sangat releks dan santai serta ada banyak kedai yang jadi favorite spot untuk kami sekeluarga cuci mata dan kadang-kadang beli barang keperluan.

Ada beberapa restoran yang kami sekeluarga gemar makan tengahari dan ada 2 kedai buku yang memang jadi tumpuan anak-anak dan diri saya sendiri . Cuma sampai sekarang saya masih belum berkesempatan nak join kelas FA di tingkat 3 dan insyallah by next year itu la niat saya nak masuk kelas FA mesti best kan...

Dah banyak tempat saya pegi untuk mencari koleksi PML idaman tapi di Amcorp juga la saya dapat banyak koleksi PML saya ni dan sampai sekarang perasaan trill mesti ada bila saya nak ke Amcorp sebabnya saya tak dapat jangka apa yang saya akan jumpa dan dapat beli di Amcorp dan memang di Amcorp ni macam-macam ada...

Ni la hasil pembelian semalam dengan harga yang sangat berbaloi dan semua PML yang saya dapat ni dah lama saya cari untuk lengkapkan lagi koleksi saya yang dah sedia ada tu.

Jumaat, 24 Disember 2010

Teko mini antik 'Selamat Minoem'





Tureen antik

Tureen terbaru dalam koleksi saya dan mengikut sumber kisah sejarah yang saya dapat dari Ezany , tureen ni memang dah lama dan berusia lebih dari 100 tahun . Ezany pun ada tureen macam ni yang dia warisi dari arwah nenek dia dan kalau nak tengok tureen yang Ezany punya boleh klik DISINI.

Tureen ni memang sangat bernilai dari segi sejarahnya dan saya rasa bertuah juga dapat memiliki tureen ni...moga anak-anak saya juga akan menghargai semua koleksi saya dan menjaga dengan baik...






Mini dan comel..

Salam pagi Jumaat, entry kali ni saya nak berkongsi bersama dengan peminat PML set minit yang saya dapat kumpul setakat ni . Saya susun beberapa jenis corak bersama dan ada juga 3 biji bekas labu kaca terbaru yang saya dapat kumpul suka laa...

My precious mini collections..

Set mini corak grapes yang saya dapat di Kluang masa saya ke sana bulan Disember tahun sudah....

Koleksi mini bunga kobis...sayang ni..



Semua koleksi ni saya sayang sangat...

Selasa, 21 Disember 2010

Tureen belang-belang

Tahun ni memang saya kuranggg sangat aktif berblog cuma bila dah masuk hujung-hujung tahun tah kenapa baru datang semangat dan tenaga baru untuk saya masukkan entry baru koleksi PML yang saya ada . Koleksi saya dah bertambah-tambah dan saya akan cuba up-date sikit demi sedikit ke dalam blog kesayangan saya ni...

Ramai dah kawan-kawan sehobi yang macam dah agak slow up-date blog masing-masing sebab kami rancak dengan page antik di Facebook meriah sangat suka..suka . Tapi tumpuan saya masih di blog sebab di sini la berputiknya cinta saya pada hobi PML ni....so kawan-kawan jom la kita meriahkan balik blog masing-masing macam dulu..rindu la...

Ok dalam n3 kali ni saya nak berkongsi bersama koleksi tureen yang saya ada kumpul dalam beberapa biji saja hehehe .Tureen corak berbelang trio 3 warna corak ni sangat simple dan ukuran diameter tureen ni dalam 8 inci comel je . Apa yang special tentang tureen yang saya tak rancang nak beli ni ialah harganya hmmm sangat murah dan berbaloi hanya RM20 saja haaa murahkan regenya dan saya beli kat Amcorp Mall dalam bulan April yang lepas . Masa saya mula dengar harga pun macam tak percaya hehehe tapi ni la dikatakan rezeki hehehe....so sekarang tureen ni dah selamat posing dalam lemari display di rumah saya...




Tureen belang yang simple tapi tetap menarikkan...

Set terbaru geometri kelabu

2 set bercorak geometri ni adalah antara koleksi terbaru yang saya dapat kumpul . Hampir semua corak favorite bunga-bungaan saya dah dapat kumpul dan kini sebagai penutup tahun 2010 saya dapat set corak geometri pulak hmm best gitu..

Pagi-pagi tadi saya mula operasi berkemas dan susun semua koleksi yang baru saya dapat so saya ambil la sekali gambar set ni untuk di abadi kan dalam blog kesayangan saya ni...

Lengkap juga akhirnya..

2 jenis corak berbeza kalau sekali pandang tak perasaan tapi bila belek betul-betul baru nampak perbezaannya..


Cawan mulut lebar dan cawan bentuk comel...

Koleksi set corak kotak kelabu

Set cawan dan teko yang sama corak akhirnya bertemu dan berkumpul di rumah saya ni . Walaupun coraknya simple tapi saya suka sangat sebabnya corak macam ni kiranya rare item juga dan jarang saya jumpa..

Set cawan berlima dengan ibu teko..




Saya dah dapat macam-macam corak PML berbunga-bunga cantik berseri dan sekarang ni dah lengkap la koleksi saya sebab saya dah dapat kumpul set corak geometri ni..

Sabtu, 18 Disember 2010

Koleksi bunga terung

Dah lama juga saya tak buat n3 koleksi set bunga terung ni . So hari ni saya bekemas dan susun balik semua koleksi yang saya kumpul selama ni . Ada set yang bertambah perlu ruang yang lebih besar so ada yang pindah sana dan sini..

Bila dah terlanjur bekemas tu saya terus la susun semua koleksi bunga terung ni dan ambil gambar . Boleh la saya up-datekan koleksi bunga terung saya ni . Bunga terung ni walaupun coraknya simple tapi saya cukup suka dengan kombinasi warna bunga/daun yang berlatar belakangkan putih plos . Lain orang berbeza citarasanya dan saya suka semua corak PML tak kira corak bunga atau corak rupa geometrik atau organik .

Lagi satu bila saya tengok koleksi corak bunga terung ni teringat kat mak saya yang ada guna pinggan mangkuk corak bunga terung ni...
Ni la rupanya bunga terung pipit yang tumbuh meliar di kawasan kebun mertua saya..


Koleksi keseluruhan corak bunga terung yang saya dah dapat kumpul. Koleksi bunga terung ni adalah antara beberapa koleksi kesayangan saya . Sekarang ni dah tersusun cantik dalam almari hiasan dan sentiasa saya boleh tengok dan admire koleksi sendiri :)


Tiga teko..


Sugar pot dan creamer dan saya kumpul juga beberapa keping piring dan pinggan untuk melengkapkan lagi koleksi bunga terung saya ni..

Koleksi bunga terung

Teko alladdin yang elegant..


Macam-macam bentuk dan jenis set cawan bunga terung..



Cawan bentuk mulut lebar ni saya jumpa di kedai apek :)

Bentuk cawan bunga terung

Cawan kopitiam..


Cawan bentuk 'A' ada corak garisan di piring dan cawan ni..


Bentuk selinder..


Bentuk loceng atau berkaki..

Bunga Terung

2 biji teko bunga terung ni sama saiz dan bentuk cuma yang bezanya adalah pada corak bunganya . Kalau tengok sekali imbas tak perasaan pun tapi kena perhati betul-betul baru nampak yang satunya ada 2 kuntum bunga sementara yang satu la ada 3 kuntum bunga. Dari segi warna pun ada perbezaan sedikit dan walaupun corak bunga betik ni simple tapi pada pandangan mata saya ni cukup cantik dan klasik...


3 kuntum bunga..



2 kuntum bunga berkembang...

SAKURA PUTIH

Gerobok hiasan ku menerima tetamu baru..
Sang "Ratu Sakura" dah kunjung tiba..

Kini sakura putih berkembang selalu..
Menjadi penyeri koleksi..

Cantik berkilat berseri-seri...
Sungguh unik rupa dan bentuknya..

Sang Ratu kini..
Mendiami istana putih salju..


Selepas begitu lama ku mencari..
Tercapai la sudah hajat di hati..
..akhirnya dapat ku miliki si "Ratu Sakura" cantik berseri...

Jumaat, 10 Disember 2010

Bandar Muar

Kami ke bandar Muar lagi first time kami ke sana 5 tahun dulu masa tu Adlina baru umur 1 tahun dan trip kali ni kami dapat bermalam di bandar Muar . Best juga bandar Muar suasana malam di bandar Muar agak sibuk dan paling best banyak betul gerai atau restoran so tak susah sangat la nak cari tempat untuk berjamu selera . Awal pagi kami keluar cari sarapan dan baru la saya tahu rupa-rupanya di Muar sate pun ada di jual awal pagi untuk sarapan so kami order la juga sate sebab nak cuba dan memang sedap kiranya semuanya sedap la makanan kat Muar ni dan harga pun berpatutan..

Paling menarik perhatian saya ialah bangunan-bangunan lama di bandar Muar ni sangat cantik . Kami sempat naik boat menyusuri sungai Muar dan jalan-jalan di Tanjung Emas . Memang saya happy trip ke Johor kali ni kiranya puas hati la dan hasil hunting saya kali hmmmmmm sangat lumayan berbaloi sangat-sangat dan banyak set saya dah lengkap...



Senibina lama yang sangat perfect...cantik sangat...

Awal pagi kami sekeluarga ke Tanjung Emas yang merupakan hot spot atau tempat tumpuan warga Muar untuk exercise best betul saya tak bawa kasut sukan kalau tak boleh juga jogging sekali . Anak-anak saya excited sangat bila sampai ke Tanjung Emas ni sebab dah nampak laut . Pemandangan waktu pagi yang sangat damai dengan tiupan angin dari laut yang sepoi-sepoi bahasa dan deruman bunyi ombak memang cukup saya suka . Memang kami akan singgah ke Muar lagi..


Hotel di mana kami menginap pun masih kekalkan xterior bangunan asal yang sangat klasik cuma bahagian dalam saja yang dah di bina semula serba moden dan selesa .