Memaparkan catatan dengan label kekwa merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kekwa merah. Papar semua catatan

Khamis, 1 Julai 2010

KEKWA MERAH IDAMANKU

Salam petang Selasa
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Hari ni saya nak berkongsi koleksi kekwa merah yang cantik sangat ni dan menjadi idaman saya selama ini la juga. Dah lama juga saya mencari untuk lengkapkan set ni , adalah dalam 4 bulan baru saya dapat sebanyak ni syukur la , sekarang ni saya nak bagi cukup cawan saja lagi dan tambah sikit lagi piring kecil .

.....My precious kekwa merah....


Set yang first ni saya dapat oval platers besar serta cawannya dari Tasha , piring dan pinggan kecil saya beli dari merata tempat di apeks dan amcorp mall semestinya la.......


Set yang kedua ni pula tekonya adalah koleksi saya yang first sekali , masa tu fikir dapat kumpul teko pun jadi laaaa... 2 biji cawan beli di merata tempat juga dan piring belakang tu saya beli di Ipoh la dan sebiji tu saya dapat harga RM 1 dan sebiji lagi rege Rm4 hmmm berbaloi-baloi kalau la saya ni tinggal di Ipoh memang selalu la saya gi ML ni memang macam-macam ada...


Trio 3 biji teko kekwa , semuanya sama bunga kekwa juga tapi dari jenis yang lain . Bila tengok dari jauh tak perasaan sangat tapi bila tenung betul-betul baru la nampak semuanya dari jenis bunga yang berbeza , kalau dah minat semua jenis bunga kekwa nak dikumpulkan hehehehe.......kalau dapat alladdin bunga kekwa ni lagi la malatop koleksiku ini , berangan je tu hehehe.....

KEKWA MERAH


Saya ada 3 jenis corak kekwa merah tapi koleksi saya pun masih tak cukup , memang saya mencari semua cawan ni nak bagi cukup 6 biji . Susah juga saya nak cari cawan-cawan ni tapi macam biasa la kena slow-slow cari la.....







Plater 14"
Ok sampai disini dulu besok kalau saya ada kelapangan saya akan masukkan n3 baru dengan koleksi terbaru set teko dan cawan yang saya baru dapat bye bye .....