Khamis, 1 Julai 2010

KEKWA MERAH IDAMANKU

Salam petang Selasa
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Hari ni saya nak berkongsi koleksi kekwa merah yang cantik sangat ni dan menjadi idaman saya selama ini la juga. Dah lama juga saya mencari untuk lengkapkan set ni , adalah dalam 4 bulan baru saya dapat sebanyak ni syukur la , sekarang ni saya nak bagi cukup cawan saja lagi dan tambah sikit lagi piring kecil .

.....My precious kekwa merah....


Set yang first ni saya dapat oval platers besar serta cawannya dari Tasha , piring dan pinggan kecil saya beli dari merata tempat di apeks dan amcorp mall semestinya la.......


Set yang kedua ni pula tekonya adalah koleksi saya yang first sekali , masa tu fikir dapat kumpul teko pun jadi laaaa... 2 biji cawan beli di merata tempat juga dan piring belakang tu saya beli di Ipoh la dan sebiji tu saya dapat harga RM 1 dan sebiji lagi rege Rm4 hmmm berbaloi-baloi kalau la saya ni tinggal di Ipoh memang selalu la saya gi ML ni memang macam-macam ada...


Trio 3 biji teko kekwa , semuanya sama bunga kekwa juga tapi dari jenis yang lain . Bila tengok dari jauh tak perasaan sangat tapi bila tenung betul-betul baru la nampak semuanya dari jenis bunga yang berbeza , kalau dah minat semua jenis bunga kekwa nak dikumpulkan hehehehe.......kalau dapat alladdin bunga kekwa ni lagi la malatop koleksiku ini , berangan je tu hehehe.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..