Khamis, 1 Julai 2010

ROS HITAM

Salam sejahtera dan selamat pagi pada semua pengunjung blog saya ni . Pagi-pagi lagi saya dah buat entry lagi hehehee..ok la kan. Nak buat entry ni tak kira masa bila ada peluang kena cepat-cepat buat nanti lepas ni sibuk nak buat kerja lain pulak .
Tahun 2009 ni dah nak sampai ke penghujungnya , kiranya dah nak masuk setahun juga la saya berblog memang best sebab banyak sangat pengalaman baru yang saya tempohi setiap hari melalui blog saya ni
Selain tu saya nak ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga pada semua pengunjung yang sering bertandang dan singgah ke blog saya yang simple ni , terima kasih sebab memberi sokongan kepada blog saya ni .
Terima kasih banyak-banyak juga untuk semua bloggers yang sudi menjadi sahabat saya , tiap-tiap hari saya dapat kenalan baru . Memang luar biasa impact berblog ni dulu masa mula berblog saya hanya nak suka-suka saja tapi sekarang ni kalau tak mengadap blog setiap hari saya rasa macam tak best je like something is missing .
Saya pun nak minta maaf ye kalau ada sebarang penulisan saya dalam setiap enrty saya selama ni yang kurang menyenangkan sesiapa saja .
Ok la melalut pulak saya ni dan dah lari jauh pulak dari tittle entry saya ni "black roses"....

Saya memang cukup bekenan pada bunga ros hitam atau my black beauty ni , klasik sangat dan sangat elegant . Set cawan ni adalah set pertama yang saya kumpul , saya dapat beli 6 piring bujang dengan harga 50 sen sebiji di Alor Setar masa cuti raya Aidilfitri yang lepas dan bila balik ke Kl ni saya dapat kumpul pula 5 biji cawan bujang yang memang gam-gam je dengan piring bujang tu dan cop kat bawah cawan dan piring pun sama maknanya memang pasangan yang betui la . Memang happy saya masa tu maklum la saya dapat set pertama saya yang lengkap dan start dari situlah minat saya terus bercambah dan saya terus kumpul macam-macam koleksi .

Teko ros hitam terbaru dalam koleksi saya..

Corak bunga ros kecil dan ros besar

Saya beli sepasang lagi set cawan bentuk "A" ni di pasar tani Shah Alam dan bila balik rumah baru la saya perasaan rupanya bunga rosnya lebih besar dan lebih detail corak ton garisan pada cawan ni . Rupa-rupanya bentuk je sama tapi coraknya lain sikit tapi kalau sekali imbas tengok tak perasaan pun perbezaannya .

Ok la tu je la kisahnya untuk entry "black roses" saya ni nanti kalau saya rajin saya masukkan lagi entry , bye bye.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..