Ini la rupa cabinet solek sebelum di touch dan gambar ni saya ambik masa masih di kampung lagi . Suami saya la yang punggah keluarkan lemari ni dari bilik dan sambil dia buka cermin kabinet ni suami saya tu tak habis-habis cerita kisah kabinet solek kepunya mak mertua saya ni . Banyak sangat nostalgianya buat suami ku tu...
Saya memang dah lama bekenan dengan almari lama atau retro ni sebelum saya terjebak kumpul set pinggan mangkuk lama lagi . So awal tahun hari tu saya tanya mertua tentang kabinet lama ni dan mak bagi je tanpa banyak cerita green light hehehe , tu la di katakan rezeki bergolek-golek laju datang pada diri kita...
Kabinet solek ni mak beli masa dia nak bernikah dengan abah pada tahun 1968 kiranya set pengantin la ni . Harga kabinet ni RM25 dan mak beli juga lemari baju serta katil yang sama design . Kabinet ni masih kukuh dan kuat cuma kaca kat pintu dah pecah .
Suami saya sekarang ni pun macam dah minat juga dengan perabot lama ni dan dia nak punggah bawa balik lemari baju tu juga tapi bukan sekarang sebab maslah ruang yang terhad di rumah saya yang comel ni . Adik-beradik suami saya pula jenis tak minat barang-barang lama dan kabinet retro macam ni soo sonang cerito nyoo..
Akhirnya bila sampai masa berpindah la juga lemari ni dari kampung ke rumah kami , alhamdulillah . Kabinet ni akan jadi warisan turun-temurun kami nanti dan saya harap anak-anak saya akan hargai dan jaga segala koleksi saya ni sebaik mungkin macam mana saya jaga..
tu je la ceritanya kisah kabinet warisan kami ni nanti di lain n3 saya masukkan gambar lemari kaca lama yang lain pula yang saya dapat dari kampung juga...bye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..