Khamis, 1 Julai 2010

PALISSY


Mula tengok saya ingatkan cawan ni jenama Meakin rupanya lain . First time baca je jenamanya berkerut juga dahi ni maklum la mana saya tahu atau pernah dengar tentang "Palissy" ni tapi nasib la ada juga tulisan England . So saya tahu la set cawan ni dari England .

Bila Taj bagi informasi yang lebih detail dalam kotak komen di entry semalam baru la saya tahu sejarah set cawan biru ni hmmm best la Taj ni macam-macam dia tahu . Cadangan saya pada Taj kalau boleh buat la journal atau buku tentang sejarah set pottery atau porcelian pasti mendapat sambutan punya . Saya la orang pertama yang akan beli nanti :)

Pagi tadi saya berkesempatan google untuk cari informasi yang lebih detail tentang "Palissy" ni dan bila dah baca baru la saya tau serba sikit tentang koleksi set cawan terbaru saya ini . Saya ni bila dah kumpul satu-satu set baru tu memang nak cari sejarahnya baru la rasa puas hati .


Biru polos menawan kalbu reka bentuk tapak cawan yang berlekuk-lekuk dan berbiku memang menarik perhatian saya ni . Lihat saja pada ketelitian penghasilan pemegang cawan yang pada saya sangat cantik dan tinggi nilai estetikanya dan seni reka bentuknya . Fine line design di keliling cawan dan pada pemukaan piring menjadikan reka bentuk cawan ini sangat exclusive dan tergolong dalam kelasnya yang tersendiri .

Walaupun ada piring-piring cawan ni retak seribu tapi saya tetap bekenan sebab di situ la letak nilai antik dan nilai estetikanya . Bukan semua koleksi saya perfect cantik gebu berkilat tapi ada banyak juga yang dah lama usianya , tu belum cerita stain atau kotoran yang memang tak boleh dihilangkan walaupun disental berkali-kali . Bagi saya koleksi yang susah di cari dan "rare" lebih saya minat nak kumpul sebab lebih tinggi nilai estetikanya tapi biar la bertempat retak seribunya itu hehehe dan kalau dapat koleksi "rare" yang gebu cantik tak de retak lagi la saya suka hmmm siapa yang tak sukakan semua orang nak yang cun....


Cop bawah piring cawan...


sweet je....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..