Memaparkan catatan dengan label dahlia biru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dahlia biru. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2010

BUNGA DAHLIA BIRU


Saya ada beli sekeping piring bunga dahlia biru jenis ni dari Angah dulu . Masa hunting cuti raya minggu lepas saya dapat la beli sendiri lagi 4 keping piring corak bunga dahlia biru ni tapi condition piring ni memang dah lama macam ada stain warna coklat cair serta effect crack , tak apalah .... itu la kesan antiknya.

Corak bunga dahlia masih jelas dan cantik pada setiap keping piring , ini antara koleksi antik saya yang berwarna koleksi antik saya yang lainnya banyak color hitam putih saja .

Cantik sangat corak bunganya serta shape tebing piring yang berbiku-biku , klasik dan penuh nostalgia . Hanya jauhari mengenal manikamnya...



Design bunga dan ton warnanya cantik , susunan corak bunga yang seimbang di tebing piring antara keunikkan piring antik ini. Semakin lama di pandang dan di belek semakin cantik , sememangnya hasil seni antik ni tiada tandinganya , walaupun piring ni dah lama berpuluh tahun usianya tapi designnya masih utuh cantik dan kekal segar sepanjang masa............

Ahad, 20 Jun 2010

KOLEKSI PIRING TERAWAL

Piring leper dahlia
Makin ditenung lama-lama makin bekenan saya pada semua piring-piring yang saya tengok di blog-blog mereka yang banyak kumpul pinggan mangkuk lama ni.
Saya pun dah mula suka , nilai estetika pada setiap perincian corak bunga , bentuk , rupa , lekuk piring memang cantik . Barang yang lama macam ni memang mengusik jiwa sebab ada nostalgia yang tersimpan dalam ingatan saya sampai bila-bila...

Mak saya ada koleksi pinggan mangkuk bunga kangkung ni masa kami tinggal di Jitra dan Sungai Petani dulu tapi bila dah pindah semua entah ke mana......saya nak cari lagi koleksi piring corak bunga kangkung ni tapi saiz yang besar sikit . Saya tak dapat nak kumpul set yang lengkap lagi kena slow-slow cari ni dan sekarang ni saya hanya nak kumpul piring dulu dengan corak bunga yang berbeza-beza saja.


Piring bunga dahlia lagi tapi berbeza sikit dari corak piring bunga dahlia pada gambar yang atas sekali .


Piring bunga peonies , pinggan mangkuk corak bunga ni pun mak saya ada dulu ..