Memaparkan catatan dengan label rosa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rosa. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Januari 2011

Rosa J n G Meakin

N3 saya kali ni lebih pada nak up date koleksi Rosa yang saya dapat kumpul setakat ni so semua barang saya ambil gambar dari dalam almari saja tak sempat nak susun posing-posing . Rosa J & G Meakin ni memang antara set yang paling saya sayang dan paling banyak saya dapat kumpul .

Set rosa


Cop mohor


Oval plater 14inci


Set rosa Cinderella


Mangkuk



Pinggan serta piring pelbagai saiz , rosa biasa dan rosa cinderella.

Khamis, 1 Julai 2010

ROSSA DARI ML



Teko Meakin rossa pink ni pun saya beli di Memory Lane dan sekarang ni saya mencari cawan-cawannya pula hmmm bila la nak jumpa ya kena sabar menanti la lagi hehehe

Isnin, 21 Jun 2010

ROSSA CINDERELLA


"My sweet and precious Rosa"
Selamat petang pada semua pengunjung dan kawan-kawan sealiran , hari ni saya nak berkongsi tentang koleksi Rosa saya ni . Memang saya sayang sangat koleksi ini dan bila dah dapat kumpul dengan tekonya makin lengkap la koleksi saya ni , set ni kalau tengok depan mata lagi cantik . Saya akan cuba cari dan dapatkan beberapa keping piring atau pinggan untuk melengkapkan lagi koleksi saya ni......
Saya nak tahu la koleksi J G Meakin Rosa ini keluaran tahun berapa yea..mungkin ada kawan-kawan sealiran yang tahu dan boleh bagi tau saya..thanks...
p/s. Saya dah tahu koleksi Rosa ni dibuat dan diguna dari tahun 1940-1970 , thanks ya Mat Gebu dan kak Nor64 for the info , saya pun buat research sendiri kat internet .

My sweet and elegant Rosa......

Sweet-sweet Rosa...

Detail seperti renda bergelung-gelung dibadan teko dan piring cawan ni la yang buat koleksi rosa ni cantik , manis dan berbeza dari teko-teko yang saya ada simpan . Tambahan lagi bentuk teko ini yang unik dengan warna pale pinknya memang menarik perhatian saya .


Cawan dan piring untuk koleksi J G Meakin 'Rosa" ini . Comel saja saiz cawannya ....

ROSA CINDERELLA

"My sweet and precious Rosa"

Cap mohor J G Meakin


Detail pada bahagian dalam penutup teko Rosa ni , ada 2 kunci so penutup ni tak boleh jatuh atau dibuka dengan senang . Kira ini adalah ciri-ciri keselamatan yang ada pada teko ni , unikkan...

Detail pada penutup teko yang berlekuk-leku serta corak berulang garisan halus pada pemukaan bibir penutup teko , semua detail yang kemas dan unik ini la membuatkan teko Rosa ini special dan elegant sangat .

Corak berulang garisan-garisan halus yang bergelung-gelung macam renda pada badan teko ini seakan-akan detail pada gaun wanita English pada zaman dulu atau english laces pada pakaian dan soft furnishing English Deco .


Bahagian close-up kat penutup teko lagi , cantik sangat tak jemu-jemu saya membelek detail pada teko ni . Saya tak pernah jumpa sebiji teko yang sangat perfect reka bentuknya atau sangat berseni penghasilannya macam teko Rosa ni walaupun warnanya polos/plain tapi sangat cantik pada pandangan mata saya ni .


Detail pada pemegang teko ini sangat elegant ...


Close-up pada pemegang cawannya yang comel lotey , cantik dan elegant gitu....