Ok pagi ni saya nak berkongsi koleksi pokok kelapa saya yang nan sebiji teko alladdin ni . Tak pernah termimpi pun saya nak dapat kumpul corak pokok kelapa ni antara sebabnya kerana susah nak cari dan kedua sebab harganya yang agak lumayan . Tapi kalau dah rezeki syukur alhamdulillah saya terima dengan gembira sesangat . Selama ni saya hanya cuci mata tengok koleksi otai-otai dan ada la juga berangan untuk kumpul koleksi ni tapi saya abaikan aje angan - angan tu sebab saya rasa memang tak tercapai impian saya tu . Unik dan cantik teko ni berbeza dari corak flora yang biasa saya jumpa dan kumpul sebelum ni , masa saya mula keluarkan teko ni dari kotaknya memang saya jadi speechless al-maklum la saya mana pernah tengok corak pokok kelapa ni masa hunting kat kedai apek atau di Amcorp kiranya saya jakun la jugaak...hehehe . Harapan saya lepas ni semestinya untuk dapat kumpul set cawannya pula....
Pemandangan pantai tropika , teko alladdin pokok kelapa buatan Jepun...warna teko polos putih bersih serta berkilat dan rim emas yang terlorek cantik .
Pandangan sisi depan teko
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..