Isnin, 27 Disember 2010

Meakin Resemblance

Salam pagi Isnin..
Tajuk n3 pagi ni saya pinjam dari n3 blog Yatt laa hehehe , ok la kan susah gak saya fikir apa ayat yang sesuai sebagai tajuk ni sebab set saya ni dari Jepun tapi macam Meakin..
Selalu singgah di blog kawan-kawan yang ada koleksi meakin dan saya memang dah lama nak dapatkan set Meakin berbunga Sunshine tapi sampai sekarang tak dapat lagi . So bila saya dapat kumpul set ala Meakin ni pun saya dah puas hati dan happy sangat . Buat masa ni saya dah dapat kumpulkan Teko dengan 2 pasang cawan walaupun semuanya datang dari sumber yang tak sama dan dari negeri yang berbeza akhirnya berkumpul dalam almari hiasan di rumah saya ni . Insyallah saya nak dapatkan lagi 4 pasang cawan serta sugar pot/creamer serta sedikit piring bagi nak lengkapkan koleksi saya ni...

My precious..tiap-tiap hari mesti nak tengok....


Teko debab idaman dah ada depan mata...


Corak bunga pada penutup..


Cawan dan piring yang saya jumpa di tempat yang berbeza..

Sampai disini dulu bila dah lengkap koleksi ni saya akan buat n3 lagi..bye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..