Jumaat, 10 Disember 2010

Bandar Muar

Kami ke bandar Muar lagi first time kami ke sana 5 tahun dulu masa tu Adlina baru umur 1 tahun dan trip kali ni kami dapat bermalam di bandar Muar . Best juga bandar Muar suasana malam di bandar Muar agak sibuk dan paling best banyak betul gerai atau restoran so tak susah sangat la nak cari tempat untuk berjamu selera . Awal pagi kami keluar cari sarapan dan baru la saya tahu rupa-rupanya di Muar sate pun ada di jual awal pagi untuk sarapan so kami order la juga sate sebab nak cuba dan memang sedap kiranya semuanya sedap la makanan kat Muar ni dan harga pun berpatutan..

Paling menarik perhatian saya ialah bangunan-bangunan lama di bandar Muar ni sangat cantik . Kami sempat naik boat menyusuri sungai Muar dan jalan-jalan di Tanjung Emas . Memang saya happy trip ke Johor kali ni kiranya puas hati la dan hasil hunting saya kali hmmmmmm sangat lumayan berbaloi sangat-sangat dan banyak set saya dah lengkap...



Senibina lama yang sangat perfect...cantik sangat...

Awal pagi kami sekeluarga ke Tanjung Emas yang merupakan hot spot atau tempat tumpuan warga Muar untuk exercise best betul saya tak bawa kasut sukan kalau tak boleh juga jogging sekali . Anak-anak saya excited sangat bila sampai ke Tanjung Emas ni sebab dah nampak laut . Pemandangan waktu pagi yang sangat damai dengan tiupan angin dari laut yang sepoi-sepoi bahasa dan deruman bunyi ombak memang cukup saya suka . Memang kami akan singgah ke Muar lagi..


Hotel di mana kami menginap pun masih kekalkan xterior bangunan asal yang sangat klasik cuma bahagian dalam saja yang dah di bina semula serba moden dan selesa .

4 ulasan:

  1. wahh..Nannie..akak pun belum sempat nak tido Muar lagi...
    selalu lalu aje sempat singgah solat Zuhur & Asar kat Mesjid tepi Sg Muar tu..(spt dalam gambar ke 2 tu)

    BalasPadam
  2. Salam k nannie... Bestnya... Teringin nak ke sana... blum pernah smpai lg

    BalasPadam
  3. to k azzah8,
    akak dah dekat sampai rumah tu yg tak tido di muar hehehe tapi mmg best la pekan muar salah satu sebabnya bandar nid ekat dgn muara sungai dan bandarnya pun macam-macam ada . cantik sungguh bangunan lama kat bandar Muar ni sya plan nak ke muar lagi tapi tak tau bila hehe

    BalasPadam
  4. wlksalam Ju,
    kalau ada peluang turun la sampai ke Muar mmg best hehe

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..