Khamis, 24 Mac 2011

Set comel Sunshine

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak share koleksi terbaru saya iaitu set cawan sunshine 6 pasang yang baru saya dapat dari Amcorp . Semua 6 pasang cawan ni saya beli dengan harga RM40 sahaja , murahkan saya pun banyak kali tanya pada tokeh meja tu sebab macam tak percaya je . Rupa-rupanya tokeh bagi tau dia jual murah sebab 3 biji cawannya ada stain yang agak teruk , saya tengok memang kotor juga 3 biji cawannya tapi saya beli je . So bila balik rumah saya rendam 3 biji cawan tu dalam clorox selama 4 hari dah pagi tadi baru saya basuh . Alhamdulillah keluar stain kat cawan ni dan dah molek benar rupa set cawan sunshine saya ni . Hajat dihati nak cari tekonya insyallah mudah-mudahan ada la rezeki saya . Set sunshine ni simple saja tanpa apa corak bunga hanya jalur warna hijau dan silver menjadi hiasan tapi di mata saya ni corak yang simple ni tetap menawan dan cantik..

6 pasang cawan comel yang tak pernah saya jangka dapat saya miliki dengan harga yang murah , memang kena selalu ke Amcorp sebab-sebab macam-macam ada . Dah banyak kali juga saya dapat pml dalam keadaan elok dengan harga yang murah dari Amcorp.

Walaupun direndam dengan clorox rim silver keliling bibir cawan dan ditengah piring tetap elok tak luntur memang berkualiti pml yang dah berpuluh tahun dihasilkan ni..

Cop bawah cawan..

Lepas dah dibasuh bersih dan lepas habis sesi posing diambil gambar , semua set cawan-cawan sunshine ni saya susun dalam almari display...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..