Almari hiasan x-display unit ni saya beli dari Ikea yang masa tu dipamerkan di ruang "As is" saya beli tahun sudah lepas berbulan juga cari almari hiasan . Masa beli almari solid wood jenis birch ni warnanya coklat gelap dan tak ikut warna perabot kayu yang dah ada kat rumah saya tapi disebabkan harga diskaun sampai 70% dari harga asal saya beli juga . Saya memang plan nak cat warna putih tapi tak buat-buat sampai la last week sebab nak bagi matching dengan 2 almari baru saya tu . Kalau tak cat kang rumah saya ni dah jadi padat sangat macam kedai perabot sebab ada almari macam-macam color pula..
Ini la rupa asal almari ni saya cat bahagian luar dan suami cat bahagian dalam . Dalam 2 hari baru la siap . Ok juga tak la susah sangat nak cat almari ni dapat la juga exercise sambil nak nak bagi almari ni cantik ikut citarasa sendiri....
Sebelum..
Taraaa selepas dah siap...
Bila kering je cat terus saya display balik set-set yang saya ada dan sekarang ni baru la saya puas hati sebeb almari ni dah jadi warna putih . Ruang dining rumah saya ni pun tampak lebih luas......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..