Selasa, 22 Jun 2010

GELAS BERKAKI


Hari ni saya nak kongsi koleksi gelas berkaki atau gelas tinggi ni . Saya bekenan kat shape gelas ni yang slim dan berkaki ni elegant sangat . Rasanya gelas ni design tahun 70-an kan .
Bila saya dah dapat kumpul macam-macam corak set cawan dan teko sekarang ni saya tengah syok kumpul gelas berkaki ni pula . Set saya yang first saya dapat dari Ipoh tapi rupa-rupanya kat Amcorp pun ada so hari Ahad yang sudah saya borong beberapa corak gelas berkaki ni , harga hmmm best sangat....
Gelas ni ada yang masih terlekat cop brand dan rupa-rupanya buatan Jepun . Bila dah dibasuh bersinar-sinar la balik semua gelas ni hmmm cun sangat...

Saya suka pada corak kat gelas ni yang retro sangat 1970`s design , kombinasi warnanya yang terang dan flower power era tahun 70-an..

Bentuk gelas ni pula kembang di bahagian atas kuncup di pangkal dan corak bunga warna putih dan hijau ishhhhh cun cun sungguh la . Tu la kan bila dah bekenan semuanya cantik di mata saya ni hehehehe.......


Koleksi gelas ni pun sama bentuknya kembang di atas dan coraknya masih flower power bunga daisy dengan rupa geometri warna oren hmmm very the retro 70-an .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..