Selasa, 22 Jun 2010

CORAK GEOMETRI


Set cawan dan piring ni adalah hadiah dari isteri tokeh kedai yang saya borong beli pinggan-mangkuk antik ni , mungkin dia nampak saya minat sangat dengan koleksi antik . Aunty ni cakap cawan dan piring ni corak lamaa..sangat dari tersimpan di kedai dia dan mungkin pecah , so lebih baik bagi pada saya .
Bila dah sampai rumah saya cuci bagi bersih , baru la nampak lawo rupa cawan & piring ni . Saya tak pernah nampak la corak macam ni pada piring di mana-mana blog antique collectors lain. Apa nama corak ni ya ? . Kalau sesiapa antique collectors yang tau nama corak ni boleh la bagi tau saya ...

Saya pegi kedai tokeh ni 2 kali , kali pertama pegi saya nampak piring ni dan saya pesan pada aunty tu tolong carikan cawannya . So , second time saya pegi baru la lengkap setnya dan rezeki saya aunty tu bagi set ni sebagai hadiah "pucuk dicita ulam mendatang laa" , happy bebenor la saya hehehe..


Susunan coraknya yang simentrical atau seimbang di semua bahagian , tu la keunikkan corak pada piring ni selain coraknya yang berbeza dari yang biasa saya jumpa sebelum ni.



cop di bawah piring dan cawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..