Isnin, 28 Jun 2010

SET CAWAN KOPITIAM


Saya cuba cari di kedai apek sekitar kawasan rumah saya ni dan saya dapat la beli koleksi pertama saya iaitu set cawan kopitiam ni .


Set cawan dan piring kopitiam ni dah lama saya berkenan , semenjak rajin minum-minum di kopitiam saya suka belek set cawan ni dan pagi tadi saya dah beli 1 dozen set cawan piring ni , sukanya saya . Cuma saya tak tau la nak guna teko yang corak macam mana untuk set cawan kopitiam ni , kena cari teko plain color light cream la pulak...


Pada mata saya corak dan bentuk set cawan kopitiam ni menarik sangat dan ada nostalgia yang tersendiri mengingatkan kisah zaman saya kecil-kecil dulu . Semua set cawan kopitiam ni saya beli untuk kegunaan harian.

1 ulasan:

  1. salam, nk tanya nannie di mana boleh beli set mcm ni..

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..