Selasa, 22 Jun 2010

CORAK GEOMETRI


Selamat petang pada semua kawan-kawan dan para pengunjung ke blog saya yang sempoi ni , hari ni banyak betul n3 saya hehehe tengah ada semangat ni baik saya masukkan n3 kalau kena rasa malas datang tak payah la mau 3-4 hari tak ada cerita.

Kisah kali ni ialah tentang teko corak geometri ni . Sebenarnya teko lain yang saya nak cari tapi lain pulak teko yang saya jumpa . Macam tu la kan bila pegi mencari kat kedai apek ni , kita tak boleh jangka apa yang kita akan jumpa .

Bila sampai je kedai apek ni saya terus mula selongkar sana korek sini tertonggeng donggak panjat tangga mencangkung dan macam-macam lagi aksi , just name it . Kena kedai panas memang berpeluh tapi tahan saja la sebab dah hobi dan excited sangat nak mencari , bila jumpa tu mula senyum saja dan makin seronok mencari....

Mula masuk kedai memang apek akan tanya dan layan saya tapi bila dia dah tengok saya mula mencangkung belek piring apek pun tinggalkan saya , dia suruh saya cari sendiri sebabnya dia nak layan pelanggan yang lain lagi , saya memang spend masa yang lama kalau nak membelek barang sebab nak check jangan terpilih piring yang sumbing . Saya pun lagi suka kalau boleh cari sendiri sebab nak cari barang lama ni ambil masa juga . Bila masuk kedai mata kena buka besar-besar dan kena alert saja once dah nampak kita kena cepat bertindak , bab habuk jangan cakap la memang tahan saja la , habis buat kerja memang kena basuh tangan cepat sebab dah kotor sangat. Pakai baju pun sempoi saja t shirt dan jeans dengan selipar , dah cukup selesa senang nak bergerak .

Berbalik pada teko kat dalam gambar ni saya jumpa tersorok di bawah rak , sebab tu kalau ada rak yang bawah-bawah tu kena jengok..memang rezeki saya harga nya tak sampai pun sekeping note merah sebab penutupnya dah pecah , apek kedai ambil saja penutup extra dan bagi pada saya . Ok la boleh saja , so sekarang ni cawan corak geometri saya ni dah ada ibu dan saya manyak suka-suka hati... ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..