Lagi entry tentang set cawan , masa mula tengok cawan dan piringnya saya ingatkan ni corak baru sebab saya tak pernah nampak motif buah-buahan ni di blog antique collector lain . Saya tanya tokeh kedai tu banyak kali dan dia cakap set cawan ni memang corak lama sangat...
Rupa-rupa zaman dulu ada corak buah-buahan macam ni , sekali imbas tengok corak buah-buahan ni macam yang saya selalu tengok pada set pinggan mangkuk famous motif Pomona Portmeirion dari England tapi bila tengok cop bawah piring memang dari China. Masa beli tu piring corak ni ada beberapa keping lagi tapi saya tak beli rasa rugi pulak nantilah saya akan cuba pegi kedai tu lagi...
corak buah-buahan
corak pada piring
Saya suka sangat corak buah-buahan ni sebab ianya berbeza dari corak yang biasa saya lihat macam corak roses , pokok kelapa , bunga padi , bunga kekwa dan macam-macam lagi . Saya teringin nak tengok full set corak buah-buahan ni macam teko , piring , pinggan kalau cukup set mesti cantik sangat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..