Saya kongsi koleksi tureen lama corak paku-pakis warna perak yang saya beli dari amcorp penghujung tahun 2010 . Mungkin ada yang sama taste dengan saya yang sukakan corak-corak pml yang simple macam pakis ni .
Walaupun simple tapi terserlah kecantikkan dan elegant tureen ni . Warna porcelian polos putih dengan corak pakis perak yang tersusun kemas melingkari penutup tureen memang cantik sangat . Saya beli tureen ni dengan harga yang sangat berbaloi hanya rm70 sahaja...
Tureen buatan Jepun..
Semenjak dua menjak ni saya memang lebih terarah nak kumpul pml dari Jepun pula..
Semenjak dua menjak ni saya memang lebih terarah nak kumpul pml dari Jepun pula..
Tureen saiz 11 inci besarkan..
Teringin juga saya nak guna nanti la kalau kena pada majlisnya tureen ni akan saya isi dengan juadah yang sesuai tapi buat masa ni tureen pakis ni hanya saya simpan dalam almari antik dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..