Jumaat, 21 Januari 2011

Big roses

Ros besar yang merah menawan..Koleksi big roses yang cukup serba enam dalam simpanan saya . Corak ros memang sentiasa cantik tak kira macam mana pun rupa dan warna memnag menjadi favorite saya . Harap-harap lepas ni dapat la saya tambah lagi serba sikit koleksi big roses ni macam teko siku atau aladdin itu pun kalau jumpa so kena sabar dan kena tunggu je...

Bunga ros sekuntum yang dah saya touch-up bagi lagi merah hehe..


Set cawan yang tiba dengan segera memang saya gembira alhamdulillah dengan bantuan teman blogger....

Terima kasih banyak-banyak wahai teman jasamu akan saya kenang sampai bila-bila dan kalau ada kesempatan bila ke KL boleh la kita jumpa ya teringin benar saya nak berjumpa tuan empunya diri...

Saiz cawan bentuk loceng yang sederhana besar serta sangat elegant . Set cawan ni memang sesuai sangat bila dipadankan dengan teko bentuk biasa yang sedang-sedang aje ni...



Akhir sekali saya dapat 6 biji pinggan kuih sebagai pelengkap set dan sekarang ni set big roses ni dah cukup molek tersusun kemas dalam almari hiasan pemberian ibu mertuaku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..