Selasa, 18 Januari 2011

Buluh emas dan geisha

Set geisha yang saya dapat pada hujung tahun lepas dengan harga yang sangat berbaloi . Masa mula minat nak kumpul pml ni saya memang tak tau apa pun tentang set Made in Japan ni tapi lama-lama tu saya dapat banyak info dari blog otai dan bila sering ke Amcorp . Set ni adalah antara buruan pemgumpul porcelian lama/antik . Set buluh emas atau geisha ni tergolong dalam kelasnya tersendiri serta kualiti pembuatannya sangat berbeza dengan set lama dari China . Porceliannya lebih nipis dan paling unik adalah timbulan rupa geisha pada dasar cawannya .

Saya yang first time tengok pun terus jatuh cinta dan buat masa ni saya dapat kumpul 2 set buluh emas untuk melengkapkan lagi koleksi pml saya .


Miss geisha tersenyum...


Set geisha ni terdiri dari satu teko alladdin serta 3 pasang cawan dan 5 biji piring kuih..


Teko menawan kalbu...

Kualiti penghasilan corak sangat teliti dan rim emas sangat cantik pada tapak cawan serta di tebing cawan ni . Pada mata saya ni set buluh emas/geisah ni sangat anggun ye la kalau dah bekenan mesti la saya kata cantikkan hehe . My ultimate item in my collections...


Pemandangan berlatar belakangkan gunung Fuji..

Bye...nantikan n3 saya yang akan datang ya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..