Khamis, 27 Januari 2011

Set kopitiam biru

Set kopitiam antik kesayangan..

"CANTIKNYAA" itu yang saya sebut bila pertama kali saya jumpa secara tak sengaja cawan kopitiam ni di stor kedai apek dan setahun kemudian set ni bercambah menjadi 5 pasang lengkap dan 2 xtra cawan . Memang penemuan yang tak diduga langsung selalunya macam tu la bila pergi hunting saya tak pasti apa barang yang akan dijumpa tetapi selalunya barang-barang yang baru saya jumpa tu semuanya saya suka hehehe

Saya dapat kumpul set kopitiam ni dari merata tempat 1 cawan tanpa piring dari apek Kluang kemudian pusing-pusing di Amcorp dapat 2 pasang lengkap . Masa di Loken cuti sekolah bulan November saya dapat lagi 3 pasang . Akhir sekali masa saya ulang ke Kluang jumpa lagi sebiji. Macam tu la kisahnya merata negeri saya pergi nak cari pml dan semua set kopitiam ni saya jumpa tanpa dirancang...adakah itu ni namakan rezeki...


Saya masih mencari 2 piring untuk 2 biji cawan bujang ni..


Saya cukup kagum dengan bakat dan kreativiti pereka porcelian zaman dulu . Reka corak lukisan flora yang dihasilkan menggunakan teknik lorekan garisan dan olahan ton warna menjadikan lukisan flora pada corak ni sangat detail dan cantik sangat seolah-olah macam sebuah lukisan.....

Corak kopitiam yang terlalu cantik , lukisan kecil di cawan..

Corak di piring..

Ini pun corak di piring lukisan yang detail..cantik sangat , bunga jenis apa ya..

Sampai disini dulu..

4 ulasan:

  1. fuhh! cantik betul cawan kopitiam biru ni. ain tak penah tengok lagi corak camni...ain cuma ada yg hijau tu jer.

    BalasPadam
  2. salam nannie..cantiknyaaaa set biru kopitiam..shariff x pernah nampak selama ini,selalu yg hijau..bebenor cantik. congrate.

    BalasPadam
  3. To Ainzuryn,
    Thanks Ain cantikkan set biru ni akak mula2 kumpul corak dn warnanya rare sangat

    BalasPadam
  4. wlksalam bro Shariff,
    Terim kasih , first time tengok masa saya jumpa sebiji cawn ni kt kedai apek tanpa piring lepas tu jumpa yg lagi 5 pasang kt Loken dan amcorp mall ,lg sebiji cawan jumpa kt apek gak . mmg set kesayangan saya ni sbb species susah nk jumpa hehe

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..