Set hijau ni pun favorite saya juga
Set kopitiam corak flora hijau ni memang kita semua biasa tengokkan . Semua set cawan ni tak ada cop so memang saya tak tau la mana asal-usul tapi yang pastinya semua set cawan kopitiam dalam simpanan saya ni jenis lama . Sepasang dari Roy dan 2 pasang lagi saya dapat dari Amcorp . Misi seterusnya saya nak dapatkan lagi 3 pasang untuk bagi cukup set cawan kopitiam warna hijau ni..
2 pasang warna coraknya lebih gelap dan sepasang warna hijaunya agak cerah..
Lukisan flora yang detail dan cantik sangat ni la yang buat saya nak kumpul set cawan kopitiam ni selain dari segi usia lagi lama lagi antik dan jadi lebih 'rare' .
Lain padang lain la belalangnya...
Lain orang lain la pandangannya..
Bukan senang nak hasilkan lukisan sebegini halus dan teliti penghasilannya . Saya pasti zaman dulu semuanya di buat secara manual dan proses nak lukis corak ni mesti mengambil masa dan kesabaran serta yang paling penting kreativiti . lepas tu baru la masuk pada bahagian penghasilan produk . Saya hargai porcelian lama bukan hanya kerana bentuk , rupa serta warna corak yang cantik tapi lebih luas lagi cara penilaiannya...
Corak di piring yang cantik lukisannya macam bunga raya kan atau pun mungkin bunga seri pagi . Sekarang ni saya teringin nak tau dari mana sebenarnya asal-usul cawan kopitiam ni . Saya ada dapat info yang katanya set cawan kopitiam ni pada asalnya dari England dan kemudian baru di tiru oleh pengeluar porcelian China . Betul atau tidak entah la lepas ni boleh tanya lagi kisah cawan kopitiam dengan otai-otai mungkin ada jawapannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..