Isnin, 17 Januari 2011

Ros jambatan

Ros jambatan corak yang sangat klasik..
Corak bunga ros jambatan ni la koleksi pertama yang saya dapat kumpul pada Ogos 2009 . First time saya tengok di blog otai terus memori dan nostalgia masa kecil muncul semula . Bila tengok set corak ni saya teringat pada kehidupan saya masa kecil di Jitra ,Kedah bersama mak dan abah . Pada saya corak bunga ni dekat sangat dihati saya ni sebab dulu mak saya ada guna set corak bunga ni so bila tengok bunga ros jambatan automatik teringat dekat mak .
Suami saya yang selama ni hanya menjadi pemerhati dalam bab hobi pml saya ni pun cakap corak bunga ni buatkan dia terkenangkan kehidupan dia masa kecil dikampung , set cawan dan teko corak bunga ni selalunya mak mertua saya guna bila menjamu tetamu yang datang bertandang ke rumah...
Set corak bunga ros jambatan ni ada 'sentimental values' pada saya..
Ros jambatan yang sangat cantik..

Set yang dapat saya kumpul sampai saat ni dan rasanya dah cukup la kalau banyak sangat nanti tak cukup ruang nak menyimpan dan display. Kalau ikutkan perasaan semua bentuk teko dan cawan saya nak kumpul tapi sekarang ni saya rasa setakat dapat kumpul 2 jenis bentuk teko dan 2-3 bentuk cawan dah memadai..

Teko mama pot adalah ahli baru dalam family ros jambatan saya ni ,cantikkan bentuknya..


Teko bentuk biasa ni adalah hasil pertama hasil misi hunting saya pada bulan November 2009 di kedai apek bisu di Jalan Pasar . Masa saya jumpa tu teko ni masih dalam kotak dan saya beli dengan harga RM10 murahkan . Masa saya jumpa teko ni hanya dibiarkan atas lantai nampak sangat tak dipedulikan nasib la saya jumpa dan sekarang teko ni berada di tempat yang sepatutnya iaitu dalam almari display saya . Hampir tiap-tiap hari saya tengok koleksi yang sangat cantik ni dan walaupun hitam warna coraknya tapi ada nilai estetika yang tersendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..