Salam pagi Isnin..
Hari ni pagi-pagi lagi saya masukkan n3 set kesayangan yang saya berjaya kumpul menjadi satu set yang hampir lengkap cuma yang tak adanya ialah teko alladdin dan bekas gula dan susu . Tak pe la pelan-pelan cari nanti jumpa la tapi kadang-kadang kalau tak di cari yang senang saya nak dapat macam tu la selalunya . Corak pakis ni simple saja tapi tetap cantik pada pandangan mata saya sebab set ni nampak sangat anggun dan mewah dengan corak pakis warna perak yang disusun kemas cantik berlatar belakangkan porcelian putih polos yang bersih. Saya ambil masa setahun juga dari hujung bulan November 2009 sampai la bulan Disember 2010 untuk dapat kumpul set ni . Mula-mula saya dapat set teko dan cawan mulut lebar dan yang terakhir sekali ialah oval plater 2 biji .
Koleksi pml saya memang pelbagai corak dan warna dari bunga-bungaan sampai la ke corak geometri atau flora yang simple . Saya ni jenis tak pilih satu-satu corak saja sebab pada saya selain corak , nilai antik serta estetika pun sama penting . Lagi lama barang tu lagi saya suka macam set ni dari info yang saya tahu adalah keluaran dari negara Jepun pada tahun 1950-an .
Set pakis warna perak keemasan..
2 cawan bentuk maharani yang cantik sangat ni..
Berbiku-biku unik bentuknya..
3 jenis bentuk cawan mulut lebar , bulat dan maharani..
Piring kuih dan bentuk bujur pelengkap koleksi..
Mangkuk bujur..
Akhir sekali saya ambil gambar cap mohor bawah cawan kalau dah hobi memang semuanya nak dibelekkan samapi ke copnya sekali actually cop pun sama penting untuk kita tahu sejarah dan tahun keluaran pml yang kita kumpul .
Sekarang ni saya masih dalam proses nak susun semula koleksi dalam almari so boleh la saya ambil gambar set-set yang saya ada jadinya kerap la juga saya buat n3 untuk blog kesayangan saya ni .
Terima kasih pada yang rajin singgah sini ya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..