Jumaat, 24 September 2010

Best beraya ke rumah kak Shas..

Dah lama saya tak masukkan n3 baru dan hari ni n3 pertama saya lepas begitu lama saya bercuti dari berblog . Masa raya ke 4 saya sempat pegi beraya ke rumah kak Shas dan ni adalah kali kedua saya pegi rumah kak Shas thanks kak atas sambutan mesra akak dengan suami serta anak-anak akak especially si comel Adib yang sentiasa ceria saja .

Pada mulanya saya plan nak singgah rumah Ezany dulu tapi di sebab kan ada perubahan pada masa yang dah diplan saya terpaksa la cancel last minit tak pa lain kali je saya singgah rumah Ezany , Saya dan Ezany berkonvoi masa pergi rumah Kak Shas . Bila dah masuk rumah kak Shas saya memang tak leh tahannyer tengok koleksi lemari dan koleksi cawan serta teko kak Shas yang macam-macam corak dan semuanya cantik sangat...


Adam dan Adib yang happy je main sama-sama , saya dan kak shas ada sorang satu hero kecil . Tengok la tu Adib pandai makan sendiri , seronok saya tengok keletah 2 orang hero kecil ni..

Ini pula gambar kami bertiga Ezany , kak Shas dan saya . Bila dah jumpa gang sama minat memang kami sakan bercerita sampai ada ketikanya husband masing-masing senyap saja la dengar kami bertiga sembang hehehe tak pa la sekali sekala je dapat jumpa so banyak sangat yang nak di sembangkan..

Kami dijamu dengan nasi minyak dan ayam masak merah serta jelatah hmmmm sedap kak Shas masak . Lepas tu anak-anak saya makan dessert pula sagu dengan kuah santan/gula melaka yang sedap sangat . Terima kasih ya kak Shas..semua masakkan akak sodap-sodap yummy..

Ini pula jejaka idaman dari Gopeng , Zany yang posing sebelah lemari koleksi kak Shas yang mengancam tu...


Bestnyaaaa saya tengok lemari-lemari antik kepunyaan kak Shas ni tu belum kira lagi dengan isi dalam lemari tu yang semuanya mengancam ishhh cantik-cantik sangat dan cara kak Shas susun lemari ni pun sesuai sangat just nice..

Saya memang looking foward untuk pegi beraya ke rumah kak Shas kali ni . Pada kak Shas , saya ucapkan berbanyak terima kasih sebab akak banyak sangat tolong saya selama ni dan kak Shas seorang sahabat yang sangat baik, understanding , simple dan spoting campur kelakar la hehe tu yang buat saya suka sangat berkawan dengan kak Shas . Semoga persahabatan kita semua akan berkekalan sampai akhir hayat dan kalau mai KL sudi-sudi la singgah rumah saya ya....

4 ulasan:

  1. salam nannie...terima kasih la sudi dtg rumah akak.insyallah kalau akak p KL,akak terjah rumah nannie pulak.tggu adib besar,cerdik sikit.terlebih kurang mintak maap no...suami nannie tau gak sembang bab antik,suami akak lagi la taktau apa benda,sebab dia mmg tak minat.sembang bab komputer bolehlah dia tu,hehehe..insyallah ada masa kita jumpa lagi.

    BalasPadam
  2. wlksalam kak ,

    sama-sama kak Shas , ok tu mai la rumah saya ya tak anytime bila Adib besar ke atau masa dia kecil ni pun boleh..hehehe hubby saya tu ok la tau la sikit2 hal hobi isteri dia ni walaupun hubby saya mmg tak minta pun. Memang kalau hal komputer tu topik kesukaan suami saya juga tu tak pa lain kali depa jumpa kita biaq depa sembang hal komputer pula hehehe

    BalasPadam
  3. Salam Nannie,
    wahhh syoknya beraya di rumah geng blogger semua... mengancam tul tgk lemari antik Shas tu ya...

    BalasPadam
  4. wlksalam kak Azzah,
    mmg syok kalau dpt berkumpul dgn kawan-kawan blogger . Lemari kak Shas ni kalau tgk depan mata lagi best sbb semuanya unik dan cantik

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..