Sabtu, 25 September 2010

Kalau la dapat....

Haaaai.. kalau la tureen sunshine J&G Meakin serta pinggan dalam gambar ni dapat saya miliki bestnya.....tapi apa kan daya saya hanya dapat pegang untuk ambil gambar saja huhuh..saya sempat pesan pada makcik saya ni kalau dia nak jual saya memang nak beli .

Tahun sudah masa raya saya ziarah rumah makcik saya ni tapi masa tu saya masih belum berminat nak kumpul pinggan mangkuk lama ni dan masa tu saya tak berapa tahu sangat tentang jenis-jenis pinggan lama . Tapi tahun ni bila beraya je ke rumah saudara-mara mata saya ni memang tertarik je nak tengok isi kandungan almari pinggan mangkuk dan dapat cuci mata pun jadi la....best dah tue..

Alahai saya hanya dapat pegang untuk posing saja...jadi laa kalau ada rezeki saya dapat miliki juga set bunga macam ni kalau tak dapat dari makcik saya mungkin di tempat lain atau individu lain macam kat Amcorp Mall yang macam-macam ada tu...


Cantiknyaaaa tureen sunshine ni yang masih dalam kondisi yang sangat cantik dan pinggan mungkum/sup yang tip-top cun sangat...

Selain tureen dan mangkuk sup makcik saya ada koleksi pinggan makan corak yang sama dan semuanya masih dalam keadaan yang sangat tip-top...



Rupa-rupanya makcik saya ni pun minat kumpul pinggan mangkuk lama juga dan dalam gambar di atas ni adalah beberapa lagi koleksi yang mak saudara saya dapat simpan , set geisha sebelah kiri tu makcik saya beli di Singapura tahun 1959 dan masih dalam keadaan baik . Makcik saya bagi tahu yang dia ada set lengkap bunga sakura dan beberapa corak bunga lain tapi banyak yang dah pecah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..