Khamis, 1 Julai 2010

PALISSY


Mula tengok saya ingatkan cawan ni jenama Meakin rupanya lain . First time baca je jenamanya berkerut juga dahi ni maklum la mana saya tahu atau pernah dengar tentang "Palissy" ni tapi nasib la ada juga tulisan England . So saya tahu la set cawan ni dari England .

Bila Taj bagi informasi yang lebih detail dalam kotak komen di entry semalam baru la saya tahu sejarah set cawan biru ni hmmm best la Taj ni macam-macam dia tahu . Cadangan saya pada Taj kalau boleh buat la journal atau buku tentang sejarah set pottery atau porcelian pasti mendapat sambutan punya . Saya la orang pertama yang akan beli nanti :)

Pagi tadi saya berkesempatan google untuk cari informasi yang lebih detail tentang "Palissy" ni dan bila dah baca baru la saya tau serba sikit tentang koleksi set cawan terbaru saya ini . Saya ni bila dah kumpul satu-satu set baru tu memang nak cari sejarahnya baru la rasa puas hati .


Biru polos menawan kalbu reka bentuk tapak cawan yang berlekuk-lekuk dan berbiku memang menarik perhatian saya ni . Lihat saja pada ketelitian penghasilan pemegang cawan yang pada saya sangat cantik dan tinggi nilai estetikanya dan seni reka bentuknya . Fine line design di keliling cawan dan pada pemukaan piring menjadikan reka bentuk cawan ini sangat exclusive dan tergolong dalam kelasnya yang tersendiri .

Walaupun ada piring-piring cawan ni retak seribu tapi saya tetap bekenan sebab di situ la letak nilai antik dan nilai estetikanya . Bukan semua koleksi saya perfect cantik gebu berkilat tapi ada banyak juga yang dah lama usianya , tu belum cerita stain atau kotoran yang memang tak boleh dihilangkan walaupun disental berkali-kali . Bagi saya koleksi yang susah di cari dan "rare" lebih saya minat nak kumpul sebab lebih tinggi nilai estetikanya tapi biar la bertempat retak seribunya itu hehehe dan kalau dapat koleksi "rare" yang gebu cantik tak de retak lagi la saya suka hmmm siapa yang tak sukakan semua orang nak yang cun....


Cop bawah piring cawan...


sweet je....

SI BIRU " DELPHINIUM PALISSY"



Set cawan biru 4 biji ni saya beli dari ML juga . Set ni hasil buatan dari England bukan Meakin atau JB tapi brand lain yang lama juga , nanti la saya buat enrty khas yang lebih detail tentang set cawan ini.

Bila nampak je set cawan ni terus saya teringat pada teko rendang biru jenama Johnson Bros yang saya beli dari Ismail dulu . So sekarang ni saya kawankan teko saya dengan cawan-cawan ni bila digandingkan untuk sessi bergambar teko kesayangan saya ni memang nampak sepadan je dengan cawan-cawan precious saya ini . Hmmm me so happy :)

KEKWA MERAH IDAMANKU

Salam petang Selasa
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Hari ni saya nak berkongsi koleksi kekwa merah yang cantik sangat ni dan menjadi idaman saya selama ini la juga. Dah lama juga saya mencari untuk lengkapkan set ni , adalah dalam 4 bulan baru saya dapat sebanyak ni syukur la , sekarang ni saya nak bagi cukup cawan saja lagi dan tambah sikit lagi piring kecil .

.....My precious kekwa merah....


Set yang first ni saya dapat oval platers besar serta cawannya dari Tasha , piring dan pinggan kecil saya beli dari merata tempat di apeks dan amcorp mall semestinya la.......


Set yang kedua ni pula tekonya adalah koleksi saya yang first sekali , masa tu fikir dapat kumpul teko pun jadi laaaa... 2 biji cawan beli di merata tempat juga dan piring belakang tu saya beli di Ipoh la dan sebiji tu saya dapat harga RM 1 dan sebiji lagi rege Rm4 hmmm berbaloi-baloi kalau la saya ni tinggal di Ipoh memang selalu la saya gi ML ni memang macam-macam ada...


Trio 3 biji teko kekwa , semuanya sama bunga kekwa juga tapi dari jenis yang lain . Bila tengok dari jauh tak perasaan sangat tapi bila tenung betul-betul baru la nampak semuanya dari jenis bunga yang berbeza , kalau dah minat semua jenis bunga kekwa nak dikumpulkan hehehehe.......kalau dapat alladdin bunga kekwa ni lagi la malatop koleksiku ini , berangan je tu hehehe.....

KEKWA MERAH


Saya ada 3 jenis corak kekwa merah tapi koleksi saya pun masih tak cukup , memang saya mencari semua cawan ni nak bagi cukup 6 biji . Susah juga saya nak cari cawan-cawan ni tapi macam biasa la kena slow-slow cari la.....







Plater 14"
Ok sampai disini dulu besok kalau saya ada kelapangan saya akan masukkan n3 baru dengan koleksi terbaru set teko dan cawan yang saya baru dapat bye bye .....