Khamis, 1 Julai 2010

ROSSA DARI ML



Teko Meakin rossa pink ni pun saya beli di Memory Lane dan sekarang ni saya mencari cawan-cawannya pula hmmm bila la nak jumpa ya kena sabar menanti la lagi hehehe

BUNGA TERUNG


Set bunga terung , cawannya dah lama saya beli dan masa di ML saya jumpa pula piring-piringnya memang la saya suka sangat sebab dah jadi lengkaplah set cawan saya ni .

Cawan mulut lebar ni akak dapt sebiji saja..

POKOK KELAPA


Pokok kepala tumbuh dengan subur di rumah saya tu la saya letak baja yang kaw-kaw punya . Kejap je dari 5 batang pokok kelapa sekarang ni dah jadi berpuloh-puloh pokok klapa tumbuh subur..

Hmmmmmm me so happy sebab hajat di hati dah tercapai . Pokok kelapa idaman setiap collector dan ada di dalam gobok kat rumah saya ni . Hajat lepas ni nak cari sugar pot dan bekas susu pulok tapi kalu tak dapat pun ok je sebab saya dah gumbira sangat dengan set cawan dan teko alladdin yang saya dah ada ni....


My pokok klapa


My pokok klapa lagi hehehe tak jemu ku pandang..


Putih bersih polos warna backgroundnya...wa manyak suka-suka hati..


Pokok klapa di sana dan di sini di situn hehehe..

POKOK KELAPA


Ok pagi ni saya nak berkongsi koleksi pokok kelapa saya yang nan sebiji teko alladdin ni . Tak pernah termimpi pun saya nak dapat kumpul corak pokok kelapa ni antara sebabnya kerana susah nak cari dan kedua sebab harganya yang agak lumayan . Tapi kalau dah rezeki syukur alhamdulillah saya terima dengan gembira sesangat . Selama ni saya hanya cuci mata tengok koleksi otai-otai dan ada la juga berangan untuk kumpul koleksi ni tapi saya abaikan aje angan - angan tu sebab saya rasa memang tak tercapai impian saya tu . Unik dan cantik teko ni berbeza dari corak flora yang biasa saya jumpa dan kumpul sebelum ni , masa saya mula keluarkan teko ni dari kotaknya memang saya jadi speechless al-maklum la saya mana pernah tengok corak pokok kelapa ni masa hunting kat kedai apek atau di Amcorp kiranya saya jakun la jugaak...hehehe . Harapan saya lepas ni semestinya untuk dapat kumpul set cawannya pula....


Pemandangan pantai tropika , teko alladdin pokok kelapa buatan Jepun...warna teko polos putih bersih serta berkilat dan rim emas yang terlorek cantik .


Pandangan sisi depan teko



Pandangan sisi belakang teko

Ok sampai disini dulu , selamat berhari minggu serta berehat-rehat dengan keluarga buat semua pengunjung blog saya ni....