Sabtu, 18 Disember 2010

Koleksi bunga terung

Dah lama juga saya tak buat n3 koleksi set bunga terung ni . So hari ni saya bekemas dan susun balik semua koleksi yang saya kumpul selama ni . Ada set yang bertambah perlu ruang yang lebih besar so ada yang pindah sana dan sini..

Bila dah terlanjur bekemas tu saya terus la susun semua koleksi bunga terung ni dan ambil gambar . Boleh la saya up-datekan koleksi bunga terung saya ni . Bunga terung ni walaupun coraknya simple tapi saya cukup suka dengan kombinasi warna bunga/daun yang berlatar belakangkan putih plos . Lain orang berbeza citarasanya dan saya suka semua corak PML tak kira corak bunga atau corak rupa geometrik atau organik .

Lagi satu bila saya tengok koleksi corak bunga terung ni teringat kat mak saya yang ada guna pinggan mangkuk corak bunga terung ni...
Ni la rupanya bunga terung pipit yang tumbuh meliar di kawasan kebun mertua saya..


Koleksi keseluruhan corak bunga terung yang saya dah dapat kumpul. Koleksi bunga terung ni adalah antara beberapa koleksi kesayangan saya . Sekarang ni dah tersusun cantik dalam almari hiasan dan sentiasa saya boleh tengok dan admire koleksi sendiri :)


Tiga teko..


Sugar pot dan creamer dan saya kumpul juga beberapa keping piring dan pinggan untuk melengkapkan lagi koleksi bunga terung saya ni..

1 ulasan:

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..