Rabu, 8 Disember 2010

Idamanku ada di bandar Rengit..jauhnya..

Kalau ada yang berhajat nak beli perabot lama memang berbaloi ke kedai di Kuala , Rengit sebab ada 2 3 biji kedai yang jual macam-macam rupa bentuk perabot antik yang sangat cantik . Deretan kedai yang diusahakan oleh masyarakat orang asli yang di panggil orang-orang 'Kuala' . macam-macam jenis barang terpakai yang katanya datang dari Singapura.

Banyak juga perabot antik ni boleh pilih yang mana bekenan di mata dan dari segi harga masih ok . Kualiti perabot memang cantik dan kukuh sementara dari design ada macam-macam bentuk dari retro , art deco dan klasik cuma saya tak pasti jenis kayunya mungkin ke jati atau merbau .

Holiday kami kali ni ialah jalan-jalan ke Kluang ke Batu Pahat terus ke Muar kemudian ke Melaka dan Pedas . Pengalaman perjalanan kali ni adalah antara yang paling best , saya dan keluarga memang akan ingat sampai bila-bila . Saya paling suka perjalanan dari Kluang ke Batu Pahat seterusnya ke Rengit dan Muar seronok sangat dapat lalu jalan biasa dan perkampungan melayu yang aman damai tenang sangat serta jauh dari bingit bising kenderaan macam di area rumah saya ni . Paling best dapat lalu banyak kampung yang semuanya mula dengan nama Parit . Kami sempat singgah makan di stesen keretapi Kluang dan juga singgah di Batu Pahat untuk makan mee bandung yang sangat sedap .

Masa di Muar kami bersarapan di kedai makan tradisi melayu nasi lemaknya masih 70 sen sebungkus dan kuih 4 biji seringgit . Lepas tu kami sempat lagi naik bot menyusuri sungai Muar hmmmm bestnya saya nak ke Muar lagi tenang dan damainya hati ni bila berada di kawasan bandar Muar . Kalau ada peluang saya nak jelajah negeri Johor lagi..

Ni la kedai yang jual perabot antik di Rengit hmm bestnya memang saya rambang mata tapi nak bawa balik tak boleh huhuhuh...kalau sesiapa yang ada pick-up ,mpv,van atau lori memang best la boleh beli dan terus bawa balik...


Saya beli piring khyber J&B warna biru kecil sikit dari yang hijau dalam gambar ni dengan harga RM10 nanti saya masukkan gambar piring tu dalam blog di n3 yang akan datang..dapat piring sebiji dari Rengit pun jadi la ada la juga tanda kenangan dari sana...


Cantik almari ni memang bekenan sangat harga pun RM500 tapi nak bawa balik macam mana kereta pun dah penuh dengan barang-barang sendiri so saya hanya ambil gambar je la sebagai kenangan..

6 ulasan:

  1. Salam Nannie, wow..jauh berjalan tu...dah sampai ke Rengit ya? ....alamak...mmg cantik lemari tu? ni kedai yang kat mana nih? yg masuk dalam tu ya? yg kat kampung orang kuala tu ke?

    BalasPadam
  2. alamak...tertaip komen guna kaun anak akak lah pulak...

    ni kak azzah8 laaa...hehehe

    coti-coti Malaysia ke...

    BalasPadam
  3. Welcome to Batu Pahat..nannie.., walau pun kita x dpt berjumpa di bp tempohari..insyallah akan ketemu jua..Sememangnya betul ckp nanie jika berkunjung ke Rengit & berminat dgn perabot lama haruslah bersedia membawa lori & pickup..barulah boleh berbelanja.. Tentu banyak nostalgia lama yg boleh digarap yaa..insyallah datang lah lagi ke Bt.Pahat..

    BalasPadam
  4. Kak Azzah8 ,
    yg komen kata tas ni anak akak nyer akaun ke hehehe .kedai ni kat kampung org kuala la kedia ni yg mula2 jumpa dekat dgn pasar ikan , tu la saya coti2 malaysia dan plan nak ke sana lagi best

    BalasPadam
  5. to bro Shariff64,

    Terima kasih tu la insyallah satu hari kita jumpa mana tau bro shariff singgah di amcorp mall pula .tu la sapa ada pick up lori atau van , mpv mmg best dpt beli lemair yg sgt antik dn byk nostalgia ni , insyallah saya akan ke sana lagi

    BalasPadam
  6. bestnya kakk...bilah saya nak kesana erkk cuci mata ajer ahh

    BalasPadam

Terima kasih pada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini , sila la tinggalkan komen anda dan ceria selalu ya..